Drama Bahagia Kasihmu [Slot Zehra TV3]

A photo posted by Fezrul khan Junaidi (@fezrulkhan) on

Drama Bahagia Kasihmu bakal ditayangkan di slot Zehra TV3 menggandingkan pelakon Fezrul Khan dan Eyka Farhana sebagai teraju utama. Drama ini juga merupakan adaptasi novel dengan judul sama karya penulis Fatin Nabila. Drama Bahagia Kasihmu diterbitkan oleh A. Aida Production dan diarahkan sepenuhnya oleh Nazir Jamaluddin.

Profil Drama Bahagia Kasihmu TV3

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Episod : 13 Episod
Studio : A. Aida Production
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Idea Asal : Novel Bahagia Kasihmu karya Fatin Nabila
Pelakon : Eyka Farhana, Fezrul Khan, Aedy Ashraf, Fazlina Ahmad Daud, Julia Ziegler, Tisha Shamsir, Zaidi Omar, Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Qazem Nor, Mimi Ernida dan Firdaus Ghufran.
Slot : Zehra TV3
Tarikh Tayang : Belum Pasti

Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu TV3

Diburu masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.

Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam jiwanya. “Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.” Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?

Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah kehidupan? Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar de-ngan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.

Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta.

Gambar Pelakon Drama Bahagia Kasihmu TV3

eyaka farhana fezrul khan
Fezrul Khan dan Eyka Farhana

tisha shamsir fezrul khan eyka farhana
Tisha Shamsir, Fezrul Khan dan Eya Farhana

 Poster Drama Bahagia Kasihmu TV3

- Kepada yang tak sabar, bolehla layan di tonton dahulu drama 13 episod Bahagia Kasihmu ini.

eyaka farhana fezrul khan tisha shamsir
poster drama Bahagia Kasihmu TV3.

Ulasan