Drama Shh.. I Love You [Slot Akasia TV3]



Sebuah drama terbaru juga adaptasi dari novel karya Farisya Natasha berjudul Shh.. I Love You bakal disiarkan di slot akasia pada tahun ini. Pelakon utama drama Shh.. I Love You ini menggandingkan Gambit dan Elvina. 

Profil Drama Shh.. I Love You TV3

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Studio : Primeworks Studio Sdn Bhd
Pengarah : Nizam Zakaria
Idea Asal : Novel Shh.. I Love You Karya Farisya Natasha
Pelakon : Elvina Mohamad, Gambit Saifullah, Mustaqim Bahadon, Aien Zahalan, Ainina Ahmad
Siaran : Slot Akasia TV3

Sinopsis Drama Shh I Love You TV3 [Novel]

NUR NADIA OMAR. Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya? 

AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR. Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi? 

Namun begitu, percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya, perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga mereka yang dibina dengan tergesa-gesa itu mula dilanda ujian. 

Kisah dan rahsia yang disimpan oleh si teruna membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia sehingga ke akhir nafas wanita itu biarpun cinta untuk isterinya tidak pernah. Ini kerana cintanya hanyalah untuk bekas tunangannya yang sudah tiada. Apabila mengetahui perkara sebenar, mampukah Nadia mengharunginya? 

Setelah itu, Nadia mula nekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri. 
  
Gambar Pelakon Drama Shh I Love You TV3

Elvina dan Gambit.

Ulasan