Drama Selamat Malam Tan Sri [TV2]

Pelakon utama Drama Selamat Malam Tan Sri TV2

Drama Selamat Malam Tan Sri dilakonkan oleh Datuk Eizlan Yusof, Reen Rahim dan Julia Ziegler sebagai watak utama. Drama ini merupakan arahan drama bersiri pertama Raja Mukhriz dan tarikh tayangan masih belum dipastikan. Tunggu update drama ini ye!

Haliza Misbun yang sudah jarang muncul di kaca televisyen [terakhir pada tahun 2014] juga terlibat dalam drama ini memegang watak antagonis iaitu Datin Suhaila.

Profil Drama Selamat Malam Tan Sri

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Drama
Studio : Iris Integrated Sdn Bhd dan Alaf 21 Sdn Bhd
Idea Asal : Novel Selamat Malam Tan Sri karya Sri Diah 
Pengarah : YM Raja Mukhriz
Pembantu Pengarah : Yusnita Yusof
Skrip : Ahmad Saabun
Episod : 26 Episod
Pelakon : Datuk Eizlan Yusof [Tan Sri Rahman Shah], Reen Rahim [sebagai Hanim Hanani], Julia Ziegler [sebagai Netty Karmila], Zain Alexander Mohamed [sebagai Hadi], Haliza Misbun [sebagai Datin Suhaila], Nikki Palikat, Marissa Yasmi dan Idris Khan [sebagai Saiful Azam].
Tayangan : 2017

Sinopsis Drama Selamat Malam Tan Sri

Mengisahkan seorang wartawan bernama Hanim Hanani yang membongkar rahsia Tan Sri Rahman. Tan Sri Rahman dikatakan beristeri dua secara rahsia. Tanpa disangka, Tan Sri Rahman mula jatuh hati dengan wartawan Hanim Hanani.

Keputusan Hanim Hanani memilih lelaki itu bukan kerana harta! Jika itulah alasan dan tuduhan, dia menafikan. Dia bukan memburu kemewahan. Bukan juga kerana kasihan. Malah lamaran cinta lelaki muda telah ditolak mentah-mentah.

Bagaimanapun Hanim Hanani tidak menafikan soal harta, darjat dan prestij turut terbetik di hatinya. Sejak pertama kali memandang lelaki yang bergelar Tan Sri dalam tugasannya sebagai wartawan itu, hatinya mula berdetik. Dia tidak pasti apakah maknanya. Lelaki itu telah pun beristeri; bukan satu malah dua! Isteri-isterinya bukan calang-calang wanita. Mereka itu wanita ternama, berharta dan berkedudukan. Ketika itu Hanim Hanani sedikit pun tidak terfikir untuk bersaing dengan wanita-wanita itu. Dia pasti dia akan kalah.... tapi takdir menentukan segalanya!
 
Gambar Pelakon Drama Selamat Malam Tan Sri
 
Zain Alexander Mohamed sebagai Hadi
Julia Zigler sebagai Netty Karmila
 
Idris Khan dan Reen Rahim

Ulasan