Running Man Series [2017]

Running Man Member for seven years.

Alahai!

SBS telah mengeluarkan official statement yang mengatakan episod terakhir Running Man akan bersiaran pada bulan Februari 2017. So, peminat Running Man semua hanya ada lagi satu bulan lebih untuk melayan program realiti korea kesayangan ini.

Kontroversi Running Man

Sejak dari minggu lepas lagi, pelbagai gosip dan spekulasi berlaku apabila tanpa sebarang notis, terpampang di media yang Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook dikeluarkan dari rancangan Running Man dan pihak produksi dalam proses mengambil Kang Ho Dong [yang telah menolak] untuk Running Man musim kedua. 

Ini menimbulkan kemarahan para peminat Running Man yang telah setia selama 7 tahun dengan program realiti terbabit dan mengatakan tindakan mengeluarkan Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook tanpa sebarang notis adalah tidak professinal dan kurang sopan kerana meraka adalah antara tunjang utama yang menaikkan nama Running Man. 

Satu pertemuan dilakukan oleh semua pihak [cast and producer] dan akhirnya semuanya bersetuju untuk teruskan program ini dan ianya akan berakhir pada bulan Februari 2017 which means shooting episod akhir akan dilakukan pada bulan Januari 2017.

Running Man member on the red carpet!

Kenyataan Dari SBS Mengenai Episod Akhir Running Man
“Running Man members and producers gathered together in Seoul today for an emergency meeting and overcame their misunderstandings and miscommunications. After deep and lengthy discussion both sides decided to end the show at the end of February 2017.
However, they decided that they did not want to end the show on such a sad note so therefore decided to have all 6 members, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo and Kim Jong Kook.”
— SBS Running Man

Rant on Running Man 

Ini merupakan sesuatu yang diluar jangkaan kerana ramai masih mengharapkan Running Man terus bersiaran tetapi ianya lebih baik ditamatkan berbanding mengeluarkan musim baru dengan selebriti yang berlainan. Its been seven great years and the guys has been awesome through it. They always has the moments that bring joys towards the audience.

Running Man merupakan satu-satunya program yang berjaya membawa program realiti korea ke peringkat antarabangsa. Mereka mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. Mereka telah menghasilkan satu jenama unik dengan permainan 'Nametag Ripping' sebagai trademark yang tidak ditiru dari mana-mana rancangan sebelum ini.  

Mungkin kekurangan permainan yang mendebarkan serta lain dari yang lain membawa kepada kejatuhan rating untuk rancangan Running Man. Sejak akhir-akhir ini, rancangan Running Man lebih kepada berbincang mengenai lokasi pengembaraan atau pelbagai jenis makanan yang disajikan. Tiada lagi sesuatu yang diluar jangkaan dan permainan nametag ripping yang dilakukan dalam pelbagai situasi yang berlainan.

Walaubagaimanapun ianya telah bersiaran selama tujuh tahun dan merupakan satu pencapaian hebat untuk satu program realiti di Korea Selatan. Diharapkan semua cast akan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk program-program yang disertai pada masa hadapan.

Good Luck and Thank You for all the running man member, cast, producer, cameraman and all the staff in giving much happiness and joy towards the fan in the last seven years. It has been a fun ride!

Running Man forever!

Running Man New Cast Member

Sejak episod minggu lepas [Episod 346], dua orang selebriti telah dipilih untuk menjadi anggota baharu Running Man iaitu Yang Se Chan dan Jeon So Min. Kedua mereka pernah menjadi guest dalam rancangan Running Man.

yang se chan jeon so min
Running Man cast with two new member; Yang Se Chan dan Jeon So Min

Ulasan