Sabtu, 24 Disember 2016

Filem Aku Haus Darah Mu [2017]

poster Filem Aku Haus Darah Mu
Poster filem Aku Haus Darahmu 2017

Meremang tengok poster filem ini!

Sebuah filem seram bakal ditayangkan pada 2 Februari 2017 arahan Aidifitri Mohd Yunos bertajuk Aku Haus Darahmu. Pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah Nad Zainal, Deanna Yusof, Zoey Rahman dan Sweet Farhanna. 

Sinopsis Filem Aku Haus Darah Mu

“Aku Haus Darah Mu” mengisahkan Lia lakonan Nad Zainal, seorang ahli antropologi dalam bidang seni tarian bersama dua rakannya mengunjungi sebuah perkampungan di pedalaman untuk membuat kajian mengenai sejenis tarian yang hampir pupus.

Dia dan rakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk melengkapkan hasil kajian mereka. Pelbagai peristiwa seram menyelubungi mereka sepanjang kajian mengenai tarian itu dilakukan. Apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah tarian itu mempunyai kaitan dengan ilmu hitam?

nad zainal zoey rahman sweet farhana
Pelakon utama Filem Aku Haus Darahmu - Nad Zainal, Zoey Rahman dan Sweet Farhana


Profil Filem Aku Haus Darahmu

Studio : Tsar Asia Sdn Bhd
Pengarah :  Aidilfitri Mohd Yunos
Penulis : Aidilfitri Mohd Yunos dan Fairul Nizam Ablah
Penerbit : Wan Sariah Wan Jaapar
Pelakon : Deanna Yusoff, Nad Zainal, Zoey Rahman, Farhanna Qismina [Sweet] dan Amalia Syakirah 
Tarikh Tayangan : 2 Februari 2017

Trailer Filem Aku Haus Darahmu 2017

Tiada ulasan: