Filem Aku Bukan Spy [2017]

[Dah lama tak tengok filem lakonan Nasha Aziz]

Daripada trailer, nampak filem ini turut memasukkan kisah kehilangan kapal terbang yang gagal dikesan sehingga hari ini. Keith Foo pula memegang watak penjahat aka the main villain dalam  filem terbaru Aku Bukan Spy ini. Kena tunggu dan saksikan sendiri filem ini yang bakal ditayangkan bermula 19 Januari 2017.

Profil Filem Aku Bukan Spy 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia + Indonesia]
Studio : Fimtab Unik Sdn Bhd 
Penerbit : Dato Nazifuddin Najib dan Richard Ung
Pengarah : Danial Rifki
Pelakon : Nasha Aziz, Hamish Daud, Ray Sahetapy, Shafira Umm, Keith Foo, Siti Saleha dan Pong Hardjatmo. 
Tarikh Tayangan : Bermula 19 Januari 2019

Sinopsis Filem Aku Bukan Spy 2017

Filem Aksi komedi mengisahkan seorang jejaka bernama Putra [lakonan Hamish Daud] dan gadis bernama Pervita [lakonan Sita Saleha] yang merupakan pasangan kekasih bekerja di hotel yang sama. Putra melamar Pervita dan bercadang untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Pulau Pinang. 

Namun hasrat mereka berdua di halang oleh penjaga masing-masing. Putra mendapat halangan dari abangnya sendiri iaitu Ray [lakonan Ray Sahetapy] dan Pervita tidak mendapat persetujuan ibunya sendiri iaitu Fariza [lakonan Nasha Aziz]. Lebih merumitkan keadaan apabila Ray tahu identiti sebenar Fariza yang merupakan seorang agen rahsia kerana Ray juga merupakan seorang agen perisik Indonesia.

Dalam perjalanan ke Pulau Pinang, pelbagai aksi dan dugaan yang dilalui oleh pasangan ini kerena mereka dihambat oleh sekumpulan penjenayah yang tidak diketahui motifnya.

Poster Filem Aku Bukan Spy 2017

keith foo siti saleha nasha aziz
Poster filem Aku Bukan Spy 2017

Ulasan