Drama Sumpah Ibu [Slot Azalea TV9]

A photo posted by 🔱Erry Putra Syafiq (@erryputrasyafiq) on

Drama telah mula tayang pada 8 Januari 2017.

Drama terbaru berjudul Sumpah Ibu akan mengisi slot Azalea TV9, terbitan A.Aida Production dibawah arahan Rusdi Ramli. Drama ini dibintangi oleh Adiba Yunus, Nafiez Zaidi, Faiz Tapaw dan Rashidah Jaffar. Tarikh tayangan bermula pada awal tahun hadapan.

Profil Drama Sumpah Ibu

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Pengarah : Rusdi Ramli
Studio : A Aida Production Sdn Bhd
Pelakon : Adiba Yunus, Nafiez Zaidi, Faiz Tapaw, Rashidah Jaffar, Chomat Samad, Fazli Zainal, Erry Putra, Shazril Ahmad, Mohamad Jumal dan Eyka Darhana.
Saluran : Slot Azalea TV9 dan TV3

Gambar Pelakon Drama Sumpah Ibu

Nafiez Zaidi Rusdi Ramli
Nafiez Zaidi dengan pengarah Rusdi Ramli

adiba yunus rusdi ramli
Adiba Yunus bersama Rusdi Ramli
produksi dan krew
Produksi crew Drama Sumpah Ibu TV9
faiz tapaw nafiez zaidi adiba yunus
Faiz Tapaw, Nafiez Zaidi dan Adiba Yunus dalam drama Sumpah Ibu
pelakon dan krew
Pelakon dan krew Drama Sumpah Ibu

Sinopsis Drama Sumpah Ibu

Drama Sumpah Ibu mengisahkan tentang seorang gadis yang bijak bernama Intan. Dia berasal dari keluarga yang miskin dan nekad untuk belajar bersungguh-sungguh demi untuk membantu keluarganya. Ibu Intan terpaksa bertanggungjawab menyara mereka sekeluarga selepas ayahnya lumpuh. Intan juga mempunyai seorang abang yang cacat dan juga seorang adik.

Haris yang merupakan kekasih kepada Intan sentiasa menjadi pendorong buatnya. Malah Haris juga banyak membantu keluarga Intan. Kasmah, ibu kepada Intan begitu menyayanginya. Namun Intan kerap memarahi ibunya kerana terasa terbeban dengan kemiskinan keluarga mereka. Demi mengutamakan masa depan Intan, Kamsah sanggup menjual semua barang kemasnya. Dia mengharapkan Intan dapat melanjutkan pelajaran dan membantu keluarga bila dia dah berkerjaya kelak.

Namun setelah berjaya, Intan mula lupa diri. Dia memilih kemewahan dan melupakan pengorbanan ibunya. Malah Intan juga sanggup curang terhadap kekasihnya Haris yang selama ini banyak membantunya.

Hendak dijadikan cerita, kekasih baru Intan yang bernama Nasir terlibat dalam projek pembinaan di kampung Intan. Intan sanggup mencadangkan kepada Nasir untuk memberi wang pampasan dan menghalau penduduk kampung termasuk keluarganya.

Ketika ayahnya sakit tenat dan pada saat ayahnya meninggal dunia, Intan langsung tidak pulang. Malah Intan sanggup membiarkan adiknya dipukul ketika adiknya datang untuk memujuknya pulang. Sikap Intan itu membuatkan ibunya menjadi murung dan sedih. Kamsah kecewa dengan sikap Intan yang seolah telah melupakan sumpahnya untuk berjasa kepada keluarga bila dah berjaya.

Poster Drama Sumpah Ibu 

adibah yunus nafiez zaidi rasyidah jaafar faiz tapaw
Poster Drama Sumpah Ibu TV9
 

Ulasan