Drama Isteri Tuan Ihsan [Astro Ria]


Amyra Rosli dan Aaron Aziz dalam Drama Isteri Tuan Ihsan

Drama yang bakal bersiaran 5 Disember ini bakal diterajui oleh Aaron Aziz dan Amyra Rosli. Dah lama tak tengok filem atau drama Aaron Aziz ini. Selain mereka berdua, drama ini turut diterajui oleh Harris Baba, Gambit Saifullah, Mardiana Alwi, Nazia Mustafar, Livonia Ricky, Qazem Nor, Ruzana Ibrahim.

Drama Isteri Tuan Ihsan menggantikan drama Awak Sangat Nakal. Drama ini diterbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Boleh saksikan setiap hari isnin hingga khamis, jam 10:00 malam bermula 5 disember 2016.

Sinopsis Drama Isteri Tuan Ihsan


Seroja Irdina gadis 24 tahun, membesar di kota. Kunjungan ke kelab malam adalah tempat berhibur bersama teman-teman. Demi melindungi rasa sedih Seroja berlagak selamba dan berani. Saroja juga lantang dalam bersuara, sangat nakal, manja dan keras kepala.

Tuan Ihsan Iskandar kerana keliru antara cinta dan teman, dia pergi jauh membawa hati yang kecewa dan membina kehidupan di kota London. Tumpuannya hanya pada kerjaya, tak pernah terlintas untuk jatuh cinta sehingga mencapai 47 tahun usianya.

Demi satu permintaan, Tuan Ihsan kembali ke Malaysia. Demi sebuah amanah, dia dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang dipohon dapat dijaga olehnya selepas ibu Seroja meninggal dunia. Ibu Seroja [Imaninah] adalah teman istimewa pada Tuan Ihsan. Pada Imanina, Tuan Ihsan sahaja yang boleh menjaga Seroja kerana Seroja sebatang kara. Imaninah dibesarkan di rumah anak yatim dan keluarga ayah Seroja pula telah membuang mereka kerana Soleh berkahwin dengan bukan wanita pilihan keluarga. Episod baru kehidupan Seroja bila tinggal banglo mewah Tuan Ihsan. 

Amyra Rosli dan Aaron Aziz dalam Isteri Tuan Ihsan

Hari pertama Seroja ke banglo Tuan Ihsan. Seroja memperkenalkan diri sebagai calon Isteri Tuan Ihsan. Kedegilan dan suka melawan membuatkan Tuan Ihsan hampir sakit jantung. Di dalam rumah ada peraturan yang ditetapkan tetapi Seroja susah untuk mendengar arahan Tuan Ihsan hingga pembantu rumah turut dimarahi oleh Tuan Ihsan kerana kedegilan Seroja. Tuan Ihsan yang digelar "Pak Cik Hot" pening dengan kerenah Seroja. Seroja juga diberi seorang bodyguard yang bernama Yusri untuk memantau pergerakan Seroja.

Namun Seroja Irdina mempunyai aura yang kuat, sesiapa sahaja mudah jatuh sayang padanya. Hadirnya di dalam banglo mewah Tuan Ihsan mengubah sunyi jadi gegak-gempita, hambar jadi ceria, suasana menjadi meriah dengan gelak tawa, sehinggakan para pekerja banglo tersebut berpaling setia. Tanpa pengetahuan Tuan Ihsan, Seroja mewujudkan aplikasi group whatsap Calon Isteri Tuan Ihsan. Di situ mereka bercerita dan mengutuk Tuan Ihsan, merancang projek dan pelbagai lagi.

Meskipun Tuan Ihsan dan Seroja kerap bertelagah apabila bersua muka, sebenarnya di hati masing - masing terbit satu rasa. Memandangkan usia mereka yg terlalu ketara berbeza, Seroja tertanya, jatuh cintakah dia kepada pakcik hot tersebut? Sedang Tuan Ihsan pula keliru, apakah rasa didadanya itu namanya “cinta”, apakah sunyi yang dirasainya itu tandanya “rindu”? 

Profil Drama Isteri Tuan Ihsan

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Studio : Global Station Sdn Bhd 
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Idea Asal : Novel 'Isteri Tuan Ihsan' karya Sara Kyoko
Episod : 20 Episod
Saluran : Astro Ria 104 dan Astro HD 123
Siaran : Bermula 5 Disember 2016, Setiap Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam.
OST : Bukan Yang Pertama nyanyian Faizal Tahir


Promo Drama Isteri Tuan Ihsan



Ulasan