Program Lawak Solo [Astro Warna]

gambar peserta lawak solo 2016
Barisan peserta Lawak Solo

Lawak Solo merupakan satu usaha dalam pencarian bakat baru sebagai stand up comedian seperti Harith Iskandar. Program Lawak Solo bakal bermula pada 21 Oktober 2016 dan voleh ditonton secara langsung setiap hari jumaat jam 10.00 malam di saluran Astro Warna dan Astro Mustika HD.

Program ini akan dihoskan oleh pelawak terkenal Johan dibantu oleh Fad Bocey, Jamal dan Zukiee sebagai hos di belakang tabir. Seramai 10 orang peserta telah dipilih untuk bertanding dalam program ini. Mereka akan mendapat bimbingan dari tiga orang personaliti iaitu Nabil Ahmad, Douglas Lim dan Ebby Yus.

Profil Program Lawak Solo [Astro]

Hos : Johan [Jozan, Radio Era]
Hos Bersama : Fad [Bocey], Jamal dan Zukiee
Juri Tetap : AC Mizal dan Saiful Apek bersama dengan seorang juri jemputan.
Pengiraan Undi : Juri Professional 70% Undian Peminat 30%
Tempoh Siaran : 8 Minggu
Tempat : Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS
Tarikh Tayangan : Setiap jumaat jam 10:00 [Bermula 21 Oktober 2016]
Siaran : Astro Warna [132] dan Astro Mustika HD [134]
Hadiah : Wang Tunai RM80,000 [Juara], Wang Tunai RM 40,000 [Naib Juara] dan Wang Tunai RM 20,000 [Tempat Ketiga]

Senarai Peserta Lawak Solo [Astro]

1. DANIAL | Mohamad Danial Bin Mohd Zaini | 23 tahun | Pulau Pinang
2. MAD SABAH | Achmad Bin Rusli | 28 tahun | Sabah | 
3. NIZAM | Mohd Nornizam Bin Mohd Yusof | 35 tahun | Selangor
4. AG HAFIZ | Mohd Hafiz Bin Abdul Ghani | 31 tahun | Perak
5. AARON | Aaron Aw Teik Hong | 31 tahun | Kuala Lumpur
6. WAN GEGAU | Mohd Saffuan Bin Samsudin | 29 tahun | Melaka
7. KC NAZARI | Ahmad Fadli Bin Mohd Nazari | 33 tahun | Seremban
8. DINN (Dengerous) | Nor Hisyabudin Bin Bahar | 31 tahun | Kedah
9. FIKRY | Ahmad Fikry Bin Ahmad Ibrahim | 22 tahun | Kedah
10. RIDZUAN | Muhammad Ridzuan Bin Ahamad Hsbulah | 22 tahun | Pahang
 
sumber: infotaip

Ulasan

ala2 komediri kot, ek?! beza dia, komediri xde juri & just a show, not a competition.
Azuan berkata…
x pernah pulak tengok program komediri tu.. best ke?