Mr. Donat Karamel [Slot Lestary TV3]

para pelakon donat karamel drama
Barisan Pelakon : Idris Khan, Azira Shafinaz, Hafidz Roshdi, Mona Allen dan Sazuwan Hassan

Drama Mr. Donat Karamel bakal menggantikan drama Sweetie Nanie yang bakal berakhir pada hujung bulan Oktober ini. Drama ini diarahkan oleh Azman Yahya [Jinggo] dan diterajui oleh Hafidz Roshdi dan Azira Shafinaz.

Profil Drama Mr. Donat Karamel

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 2 November 2016
Siaran : Slot Lestary TV3
Pengarah : Azman Yahya aka Jinggo
Skrip : Rehal Nuharis
Adaptasi : Novel Mr Donat Karamel karya Hanny Esandra
Terbitan : JS Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Mona Allen, Syazuwan Hassan, Fimie Don, Shamsul Ghau Ghau, Noniswara, Sheila Rusly, Roy Azman dan Idris Khan.
OST : Jangan Kecam Cintaku nyanyian Bahrain Rahman

[Lirik Video Jangan Kecam Cintaku]

Sinopsis Drama Mr. Donat Karamel 

Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.

Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.

Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka.

Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan.

Zhariff pula tidak jemu meminta-minta Anggun daripada Faiq. Sebagai suami Faiq rasa tercabar. Anggun pula salah faham bila terdengar pertengkaran mereka lalu membawa diri ke kampung. Bahagiakah Anggun di sisi Faiq? Faiq pula, masih ada lagikah kesabaran dalam menempuh rumah tangga yang dibina? Cinta perlukan kesabaran. Faiq pasti, akan ada bahagia di penghujung jalan.

Gambar Para Pelakon Mr Donat Karamel

faiq haiqal anggun qairah
Hafidz Roshdi sebagai Faiq Faiqal dan Azira Syafinaz sebagai Anggun Qairah

mona allen syazuwan hassan
Mona Allen dan Syazuwan Hassan

hafidz roshdi
Hafidz Roshdi

idris khan zhariff
Idris Khan memgang watak Zhariff

Promo Drama Mr Donat Karamel 

-Tarikh tayangan bermula 2 November 2016. Setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam.


Opening Montaj Drama Mr. Donat Karamel TV3


Poster Drama Mr Donat Karamel Slot Lestary TV3

poster mr donat karamel
Poster drama Mr Donat Karamel 2016 1#

poster drama melayu
Poster Mr Donat Karamel 2016 2#

Ulasan