Ip Man 4 Kembali Dengan Donnie Yen dan Wilson Yip


Yes! Nampaknya kali ini tidak perlu menunggu lama untuk filem Ip Man terbaru. Filem kedua dan ketiga ambil masa selang 5 tahun. Namun atas kejayaan kutipan box office filem ketiga Ip Man, Donnie Yen tidak mengambil masa yang lama untuk mengumumkan pembikinan filem ke-empat Ip Man. 

Masih mengekalkan pengarah yang sama iaitu Wilson Yip, filem ini semestinya ditunggu oleh para peminat filem aksi dan seni mempertahankan diri. 

Ip Man mengisahkan kehidupan dari kisah sebenar Yip Man - seorang pengamal seni mempertahankan diri Win Chun dan lebih dikenali kerana dia merupakan guru kepada legenda seni pertahanan diri iaitu Bruce Lee. Dalam Ip Man 3 ada satu fight antara Mike Tyson dan Ip Man, memang terbaik la kareografi scene tu. Ip Man 4 harap ada banyak lagi!
 
[Fight scene between Ip Man vs Mike Tyson]

Ulasan