Drama Tak Beli Tak Cinta TV3

drama tak beli tak cinta 2016
Rita Rudaini memegang watak utama sebagai Puan Bibi

AIFA Motion Pictures akan mengeluarkan sebuah drama terbaru yang bertajuk Tak Beli Tak Cinta arahan pengarah popular Ahmad Idham. Barisan Pelakon terdiri daripada Rita Rudaini sebagai Puan Bibi, Ariz Lufias sebagai Muhammad Isma, Qara Lyana sebagai Filzah, Syainie Shuhaimi sebagai liyana dan Erry Putra sebagai Tuan CJ.
 
Profil Drama Tak Beli Tak Cinta

Episod : 20 episod
Siaran : Slot Iris TV3
Genre : Komedi Sitkom
Pengarah : Ahmad Idham [Mat Moto Otai] & Rosli Mohd Taib
Terbitan : AIFA Motion Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Rita Rudaini, Ariz Lufias, Qara Lyana, Syainie Aida Shuhaimi [Patahnya Sebelah Sayap], Aliff Yasraff, Erry Putra, Habiel Lutfillah, 
Penampilan Khas : Shiha Zikir, Dian P Ramlee, Datuk Eizlan Yusof, Abib Jamu Mak Dara dan Ropie Cecupak.
Lokasi Pengembaraan :  The Strand di Kota Damansara, Petaling Jaya.  

tak beli tak cinta
Barisan pelakon dan Krew drama Tak Beli Tak Cinta yang bakal ditayangkan di slot Iris TV3

Sinopsis Drama Tak Beli Tak Cinta

Drama 20 episod ini mengisahkan kehidupan Bibi lakonan Rita Rudaini yang juga pemilik butik barangan kecantikan dan pakaian. Perniagaan itu diusahakan Bibi selepas kematian suaminya dalam tragedi pesawat MH17.

Bibi yang mempunyai anak lelaki berusia 11 tahun setiap hari berdepan dengan pelbagai masalah terutama membabitkan kerenah pekerja, pelanggan dan rakan perniagaan. Di butik Bibi nempunyai dua pembantu iaitu Liyana [Syainie Aida] dan Isma [Ariz Forteen]. Tanpa disangka wujud konflik cinta tiga segi antara mereka.

Namun, kehadiran CJ [Erry Putra] iaitu kawan karib arwah suami Bibi yang juga seorang duda membuka lembaran baru dalam hidup Bibi. Dalam diam CJ menyimpan rasa cinta terhadap Bibi.

Sumber sinopsis : Harian Metro

Ulasan