Drama Amsyar [Slot Azalea TV9]

Drama Amsyar lakonan Ben Laden

Drama terbaru bertajuk Amsyar akan menggantikan drama Samudera Rindu di Slot Azalea TV9 dan ulangan di TV3. Drama ini membariskan pelakon kanak-kanak iaitu Ben Laden sebagai watak utama dibantu oleh Redza Rosli, Elly Mazlein, Faralyna Idris dan ramai lagi.

Opening Video Drama Amsyar Slot Azalea TV9


Profil Drama Amsyar Slot Azalea TV9

Studio : Zeel Production
Pengarah : Murali Abdullah
Penerbit : Haji Md Fadzil Teh
Penerbit Eksekutif : Muhamad Norazhar Baharuddin
Skrip : Majid Shuhaimi
Jurukamera : Roslan Mat Saad
Pelakon : Ben Laden, Redza Rosli, Elly Mazlein, Hairi Safwan, Nada Syuhada, Faralyna Idris, Nafiz Muaz, Wina Azlan, Juedian Omar, Tatty Hassan, Wan Umar Harith, Puteri Danyiira Zaidi dan Haff Ridzuan.
Tarikh Tayangan : Bermula 28 Oktober 2016 [Jam 8.30 malam setiap Selasa hingga Ahad]
Slot : Azalea TV9 dan Ulangan TV3
OST : Lagu Percuma nyanyian Sabhi Saddi


Sinopsis Drama Amsyar Slot Azalea TV9 

Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah ibarat kisah hidup anak yatim piatu yang kehilangan kedua ibu dan bapa dalam satu kemalangan. Amsyar merupakan anak tunggal kepada Farid dan Arfah. Selepas permegian ibu bapanya, tiada yang sanggup menjaga Amsyar yang masih di bangku persekolahan itu. Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudara atau ibu saudara, ada sahaja yang yang tidak menyukainya. Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup bencikan Amsyar, mereka malah mendera dengan memukul Amsyar sesuka hati. 

Tiada siapa yang ingin menjaga Amsyar kecuali Shahrul, Pak Ngah kepada Amsyar tetapi isteri kepada Shahrul menganggap Amsyar adalah satu bebenan. Amsyar yang rela tinggal di rumah anak-anak yatim piatu, tetapi malangnya tidak diterima. Jadi dalam terpaksa, Amsyar berpindah randah dari satu rumah ke rumah yang lain dengan ahli keluarga yang membencinya. Berakhir atau tidak penderitaan hidup Amsyar? 

Jangan lupa saksikan drama Amsyar untuk mengetahui kisah selanjutnya ye!

Ulasan