Trailer dan Poster Kecoh! Primadano Kena Hantu

Poster Filem Kecoh! Primadona Kena Hantu

Satu lagi filem tempatan genre komedi seram bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan hadapan berjudul Kecoh! Primadona Kena Hantu. Tarikh tayangan adalah pada 13 Oktober 2016. Filem ini merupakan filem arahan Pierre Andre. Rasanya filem last Peirre Andre adalah sniper yang ditayangkan pada 2014.


Profil Filem Kecoh! Primadona Kena Hantu

Bahasa: Melayu
Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2016
Genre: Komedi / Seram
Pengedar: Rainfilm Sdn Bhd
Pelakon: Kamal Adli, Kamarol Haji Yusof, Khatijah Tan, Abam Bocey, Amir Raja Lawak
Pengarah: Pierre Andre
Tarikh Tayangan : 13 Oktober 2016

Sinopsis Filem Kecoh! Primadona Kena Hantu

Sebuah produksi sedang menjalankan penggambaran cerita seram di sebuah rumah banglo. Sejak dari awal penggambaran lagi mereka berdepan masalah kerana terpaksa menunggu kehadiran pelakon veteran primadona Khaty ke set. Malah pengarah juga tiba lewat berikutan neneknya baru meninggal dunia. Apa yang membimbangkan pengarah adalah dia telah menerima sesuatu daripada neneknya sebelum meninggal dunia dan ia berkemungkinan saka neneknya. Ketika penggambaran pelbagai kejadian aneh berlaku sehingga Khaty jatuh pengsan dan mereka menyangka dia telah dirasuk oleh saka nenek pengarah itu. 

Trailer Filem Kecoh! Primadona Kena Hantu


Ulasan