Sinopsis, Trailer dan Poster Death Note; Light Up The New World

poster Death Note Light Up The New World
Poster Filem Live Action Death Note terbaru
Kalau Hollywood [baca; netflix] akan hasilkan re-make live action movie untuk manga Death Note ini tahun hadapan, Nikkatsu Corporation akan hasilkan sekuel movie Death Note terbaru iaitu Death Note : Light Up The New World dan ini adalah movie sekuel kepada filem sebelum ini yang dikeluarkan pada 2006.

Untuk filem Death Note : Light up the NEW World ini akan mengambil timeline tahun 2016 iaitu selepas 10 tahun daripada filem kedua. Dunia telah mengetahui kewujudan Death Note dan ianya muncul kembali mencetus huru-hara dalam kehidupan manusia - kali ini 6 buah death note telah jatuh ke dunia manusia.

Seorang pewaris DNA L dengan anggota task force yang dibinanya akan cuba membanteras mereka yang merupakan pengikut Kira. Sekali lagi, kita dapat melihat dua genius bertembung dalam memperjuangkan kepercayaan masing-masing.


Filem Death Note; Light up the NEW world merupakan filem arahan Shinsuke Sato. Kita semua tahu ianya berdasarkan sebuah manga antara yang tehebat sepanjang zaman karya Tsugumi Ohba dan Takeshi Obata iaitu Death Note.

Pelakon yang terlibat dalam Movie Death Note Light Up The New World adalah Masahiro Higashide sebagai Tsukuru Mishima, Sosuke Ikematsu sebagai Ryuzaki, Masaki Suda sebagai Yugi Shion, Erika Toda sebagai Misa Amane, Rina Kawaei sebagai Sakura Aoi, Mina Fujii sebagai Sho Nanase, Nakamura Shido II sebagai Ryuk [suara], Sota Aoyama sebagai Tota Matsuda dan Eiichiro Funakoshi sebagai Kenihi Mikuriva.

Tarikh tayangan filem ini adalah pada 29 Oktober 2016 [di Jepun], tayangan di Malaysia belum dapat dipastikan lagi. Tunggu dan lihat sahaja!

Ulasan