Senarai Pendek Pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2016


Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur adalah sebuah kumpulan pengkritik filem yang diasaskan pada November 2011 dan tertubuh secara maya di Kuala Lumpur. Majlis ini berfungsi sebagai penonton berfikir yang analitikal dalam memilih filem Malaysia (serta beberapa kategori lain) terbaik sepanjang tahun.

Kumpulan ini terdiri daripada sekumpulan pengkritik yang bertugas dalam pelbagai bidang, yang terpilih dalam kalangan editor, pengarang dan blogger yang berdedikasi dalam penulisan dan penganalisian filem, yang mana sekumpulan daripadanya sudah melahirkan beberapa ulasan filem yang kritikal, memenuhi aspirasi, mutu dan kefahaman sebuah pembikinan dan pengkaryaan filem yang unggul dan menyeluruh. 

Kumpulan ini turut bertindak sebagai badan penilai dan pemilih sekelompok filem yang ditayangkan pada satu-satu masa untuk diberi pengiktirafan yang sepatutnya dalam mencapai kewajaran seni, estetika dan kepakaran yang dipertanggungjawabkan. Filem-filem yang terpilih merupakan kesemua filem yang ditayangkan di Malaysia. 

Senarai Pendek Pencalonan Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur [AMPFKL] 2016 

PENGARAH TERBAIK
Shanjey Kumar Perumal untuk Jagat
Wan Hasliza Wan Kamarudin untuk Love, Supermoon
Chiu Keng Guan untuk Ola Bola
Ghaz Abu Bakar untuk Polis Evo
Tunku Mona Riza untuk Redha 

PELAKON LELAKI TERBAIK
ibrail Rajhula untuk Jagat
Harvind Raj untuk Jagat
Namron untuk Redha
Tommy Tam untuk The Kid from the Big Apple 

PELAKON WANITA TERBAIK
Nadiya Nisaa untuk Love, Supermoon
Junainah Lojong untuk Redha 

SINEMATOGRAFI TERBAIK
Senthil Kumaran Muniandy untuk Jagat
Chin Ting Chang untuk Ola Bola
Mohd Shah Faizul untuk Dukun Doktor Dani
Yung Chong Soon untuk The Kid from the Big Apple
Rahim Maidin untuk Munafik 

LAKON LAYAR TERBAIK
Shanjey Kumar Perumal dan Yuvarajan Subramaniam untuk Jagat
Joel Soh, Kyle Gounting, Anwari Ashraf dan Adib Zaini untuk Polis Evo
Tunku Mona Riza untuk Redha
Wan Hasliza Wan Kamarudin untuk Love, Supermoon 

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
Kuben Mahadevan untuk Jagat
Senthil Kumaran Muniandy untuk Jagat
Bront Palarae untuk Ola Bola
Amerul Affendi untuk Dukun Doktor Dani
Harith Haziq untuk Redha 

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Anne Ngasri untuk Love, Supermoon
Nabila Huda untuk Munafik
Nadiya Nisaa untuk Redha 

FILEM TERBAIK
JAGAT (A. Anandan, Pasupathi Sithamparam, Mageswari Anandan, Anbalagan Anandan, Sivanantham Perianan dan Shanjey Kumar Perumal sebagai penerbit)
OLA BOLA (Najwa Abu Bakar, Tung Yow Kong dan Steven Lim sebagai penerbit)
LOVE, SUPERMOON (Tengku Iesta Tengku Alaudin, Mohamad Anizan Sarif dan Shah Hassan sebagai penerbit)
REDHA (Shaby Maharom, Ku Mohamad Haris dan Tunku Mona Riza sebagai penerbit)

Ulasan