Senarai Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia ke 28 [FFM28]

[Pereka Kostum Terbaik dan Skor Muzik Asal terbaik - Ola Bola]

Untuk malam perasmian Festival Filem Malaysia ke 28, sepuluh anugerah telah disampaikan kepada para pemenang. Filem Ola Bola mendahului dengan tiga kemenangan setakat ini. Berikut adalah senarai para pemenang;
  1. Kesan Visual Khas Terbaik - Yusry Abdul Halim, Cicakman 3
  2. Pereka Kostum Terbaik - Elaine Ng & Weng Shum, Ola Bola
  3. Penataan Seni Terbaik - Wong Jee Meng & Nick Wong, Huat The Fish
  4. Penataan Bunyi Terbaik - Imaginex Studios, Munafik
  5. Skor Muzik Asal - Ong San & Alex San, Ola Bola
  6. Lagu Tema Asal Terbaik - Zee Avi & Rendra Zawawi, Ola Bola 
  7. Filem Animasi Pendek Terbaik - Wau Animation, Ejen Ali
  8. Filem Pendek Terbaik - Entrophy Studios Sdn Bhd, RM10
  9. Anugerah Penggiat Belakang Tabir - Encik Mohd Noor Tagaya
  10. Filem Dokumentari Terbaik - Dos Fellas Sdn Bhd, Boat People
Baharu sahaja sepuluh daripada dua puluh lapan anugerah diberikan pada malam perasmian Festival Filem Malaysia ke 28. Anugerah-anugerah seterusnya bakal disampaikan pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke 28 pada 3 September 2016 [malam nanti].

[Lagu Tema Asal Terbaik - Arena Cahaya]

Filem Ola Bola nampak mendahului senarai pemenang dengan 3 kemenangan. Permulaan yang baik. Franchise filem Cicakman pula mengambil semula anugerah Kesan Visual Khas yang pernah dimenangi pada tahun 2007 (Anugerah khas juri - anugerah kesan visual khas belum diwujudkan) melalui filem Cicakman pertama lakonan Saiful Apek.

Senarai penuh pencalonan boleh baca sini - pautan

Tunggu update senarai pemenang ye!

[Filem Animasi Pendek Terbaik - Ejen Ali]

[Filem Dokumentari Terbaik - The Boat People] 


Update Keputusan Malam Kemuncak Festival Filem Malaysia [FFM] ke-28
  1. Filem Terbaik Malaysia - Skyzeri (M) Sdn Bhd, Jagat
  2. Pengarah Terbaik - Samsul Yusof, Munafik
  3. Filem Terbaik Nasional - Munafik
  4. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman - Tuan Haji Deddy M Borhan
  5. Pelakon Lelaki Terbaik - Pekin Ibrahim, Mat Moto 
  6. Pelakon Wanita Terbaik - Nabila Huda, Munafik
  7. Filem Cereka Animasi Terbaik - Animonsta Studio Sdn Bhd, Boboiboy
  8. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Hushairi Husain, Polis Evo
  9. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Langit Cinta
  10. Anugerah Khas Juri (1) Ola Bola (2) Polis Evo (3) The Kid From The Big Apple
  11. Lakon Layar Terbaik - Bea Tanaka, Nota
  12. Pengarah Baharu Terbaik - Shanjey Kumar Perumal, Jagat
  13. Pelakon Baharu Lelaki Terbaik - Adam Shahz, Juvana 2
  14. Pelakon Baharu Wanita Terbaik - Falisha Crossley, Mat Moto
  15. Pengarah Sinematografi Terbaik - Haris Hue Abdullah, Polis Evo
  16. Cerita Asal Terbaik - Pekin Ibrahim, Mat Moto
  17. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Tan Qin Lin, The Kid From The Big Apple
  18. Anugerah Penyunting Terbaik [Editor] - Samsul Yusof, Munafik
  19. Anugerah Box Office - Polis Evo
Tahniah kepada para pemenang FFM ke 28 ini!

Ulasan