Poster dan Trailer Movie La La Land

ryan gosling emma stone
Poster filem La La Land

Filem La La Land adalah hasil arahan dan tulisan skrip daripada pengarah berbakat Damien Chazelle. Damien Chazelle adalah penulis filem Grand Piano dan 10 Cloverfield Lane. Grand Piano adalah filem lakonan Elijah Wood yang dihasilkan pada tahun 2013 manakala 10 Cloverfield Lane adalah filem yang dikeluarkan pada awal tahun ini lakonan John Goodman. Kedua-dua filem ini sangat disarankan untuk ditonton kerana ianya antara filem terbaik yang pernah dihasilkan.

Filem La La Land dibarisi oleh dua watak utama lakonan Emma Watson [Spiderman] dan Ryan Gosling [aku ingatkan pelakon deadpool tu orang yang sama, rupanya tidak. Ahaha]. Selain Emma Watson dan Ryan Gosling, filem ini turut dibintangi oleh Finn Witrock, J.K. Simmons, Sandra Rosko, Sonoya Mizuno, Callie Hernandez, John Legend dan Jessica Rothe.

 [Trailer filem La La Land]

Terbaik la trailer ini; Part yang Emma Watson nyanyi itu merupakan lagu original bertajuk Audition (the fools who dreams).

Filem La La Land mengisahkan Mia [Emma Watson], seorang yang bercita-cita menjadi artis dan Sebastian [Ryan Gosling], seorang pemain muzik Jazz yang berdedikasi. Filem ini berlatarkan moden Los Angeles di mana dua watak ini bertemu dan explore kehidupan seharian mereka dalam mengejar impian dan cita-cita.

Kalau tengok kan review yang dikeluarkan pengkritik filem sewaktu tayangan perdana Venice, semua kebanyakkan memuji filem ini.  Jadi memang menambah ketidaksabaran untuk menonton filem La La Land ini. Tarikh tayangan filem ini adalah pada 2 Disember 2016 dikeluarkan di US, tarikh tayangan di Malaysia adalah belum pasti.

Ulasan