Poster dan Sinopsis Filem Rock Bro! Arahan Mamat Khalid

poster filem rock bro!
Poster filem Rock Bro! arahan Mamat Khalid

Filem Rock Bro! merupakan penamat bagi franchise filem Rock yang bermula pada tahun 2005 dan diteruskan dengan Rock Oo; Rimba Bara Kembali pada tahun 2013. Rock Bro! merupakan filem terakhir versi Rock yang dihasilkan Mamat Khalid.

Sinopsis Filem Rock Bro!

Walaupun Zul Kapan beralih arah dan menyertai kumpulan rap, 4URU, ini tidak mematahkan semangat Rimba Bara yang masih gigih meneruskan perjuangan mereka di dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Sementara itu, Jijoe pula telah jatuh cinta dengan Ratu Rock Ella ketika terserempak di studio rakaman. Jijoe yang terlalu sayangkan Ella sanggup meninggalkan kehidupan rockernya dan menjadi kontraktor sebagai bukti dia betul-betul sayangkan Ella.

Pelakon yang terlibat dalam movie ini adalah Khir Rahman, Azmi Baharon [Azmi Black], Pekin Ibrahim dan Soffi Jikan. Ingatkan Ella turut serta dalam filem ini tetapi watak Ella dijayakan oleh seorang pelakon baru bernama Amy Juliet. Ada iras-iras Ella gamaknya. ehehee.

khir rahman soffi jikan pekin ibrahim azmi baharon
Kumpulan Rimba Bara kembali menjengah ke pawagam.

Tarikh tayangan untuk filem Rock Bro! ini adalah pada 27 Oktober 2016. Nantikan update mengenai filem ini ye.

Update poster dan banner Filem Rock Bro!

Grand Brilliance baru sahaja update poster dan banner terbaru untuk filem Rock Bro! ini. Jom tengok bawah;

filem rock bro! mamat khalid
Rock Bro movie poster

Nota Tambahan : Sebuah filem arahan Mamat Khalid di terajui Khir Rahman serta penampilan bersama Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan Azmi Bahron. Nantikan penampilan khas bintang-bintang rock ternama seperti Dato’ Hattan, Man Kidal dan Black Wings. Terbaik!

Judul Filem : Rock Bro! Kembali Ke Pangkal Jalan
Pengarah : Mamat Khalid 
Pengarah Sinematografi : Tan Teck Zee
Muzik : Raja Mahafaizal Raja Muzaffar
Penata Busana : Natasya Zamani
Pengarah Seni : Akmal Adli
Penyunting : Zappa Khalid / Ameen Khalid
Penolong Pengarah : Muhamad Razif Abdul Rashid
Penasihat Produksi : Mohd Nazari Ibrahim
Pengurus Produksi : Norhashimi Samsudin
Penerbit Bersekutu : Esmi Zahara Yusof
Penerbit : Irene Mariana Mohamad / Hasmah Hassan / Mamat Khalis
Penerbit Eksekutif : Tengku Iesta Tengku Alaudin
Cerita Asal / Skrip : Mamat Khalid
Pelakon : Soffi Jikan, Pekin Ibrahim, Khir Rahman, Amy Juliet, Azmi Bahron, Kamarool Hj Yusof, Dato' Hattan, Man Kidal dan Black Wings.
Tarikh Tayangan : 27 Oktober 2016

pelakon filem rock bro!
Poster [banner] untuk movie Rock Bro!

Ulasan