Max Steel Movie Trailer

[Trailer penuh filem Max Steel]

Dah macam Ochobot aku tengok STEEL tu!

Filem Max Steel adalah filem superhero terbaru yang bakal ditayangkan pada 14 Oktober 2016 [USA], Malaysia belum pasti ada tayangan. Filem ini mengisahkan Max McGrath berusia 16 tahun yang berpindah ke pekan/bandar baru dan sebaik mungkin cuba menyesuaikan diri apabila menyedari yang dia adalah berlainan. 

Kemudian muncul watak robot Steel yang merupakan 'seorang' alien. Steel telah lama memerhatikan Max dan cuba mengajar Max untuk mengawal kuasanya. Max mampu berlari laju dan mempunyai tenaga yang kuat sehingga mampu memecahkan dinding konkrit dengan tangannya sahaja. Bila Max dan Steel bergabung, mereka menghasilkan super suit Max Steel.

Bila dah ada kuasa, tentulah akan ada musuh yang datang mencari dan cuba exploit kuasa Max ini. Dari situ, bermula perjalanan Max dan Steel dalam menyelamatkan mereka yang disayangi dan seterusnya menyelamatkan dunia dari ancaman luar. 

max steel
Max Steel movie

Filem Max Steel diarahkan oleh Stewart Handler, hasil tulisan skrip oleh Christopher Yost. Antara barisan pelakon yang terlibat adalah Ben Winchell sebagai Max McGrath, Andy Garcia sebagai Dr. Miles Edward, Maria Bello sebagai Molly McGrath, Mike Doyle sebagai Jim McGrath, Ana Villafane sebagai Sofia Martinez dan Josh Brener sebagai Steel [suara].  

Filem ini merupakan filem perkenalan kepada watak Max dan Steel. Kata pengarah, tema utama filem Max Steel adalah kekeluargaan dan relationship between Max dan Steel adalah part kegemaran tuan pengarah.

Ramai yang suka dan ramai juga yang tidak sukakan trailer filem ini. Satu komen yang aku setuju, hero utama tak nampak macam umur 16 tahun pun. Kan? ehehehe. Apapun kita sama-sama tunggu dan lihat sahaja filem ini nanti.

Update Poster Movie Max Steel

poster max steel 2016
Poster Movie Max Steel
[Unleash Your Power]

Ulasan