Gambar Sekitar bukit Bendera Penang 2016

bukit bendera
Pintu masuk Bukit Bendera untuk yang nak naik menggunakan kereta api kabel/funikular.

Bukit Bendera merupakan simbolik bagi Pulau Pinang. Jadi alang-alang ada di pulau pinang ini, aku mengambil sedikit masa semperna cuti hari ahad lepas untuk ke Bukit Bendera. Ramai juga yang datang melawat tempat ini. Masa aku beratur menaiki kereta kabel itu, satu gerombolan pelancong dari Indonesia ada di depan. Nasib baik mereka asingkan lorong untuk warganegara dengan bukan warganegara. So, tak payah tunggu lama untuk naik kereta api kabel. 

Oh! Masa aku sampai adalah jam 8.50 pagi dan ada promosi harga tiket kereta kabel pergi balik adalah hanya RM3. Memang jimat! Terkejut juga masa bayar RM10, kakak kaunter bagi balik baki bayaran. Bila Tanya, katanya ada promosi. Bagus! Bagus! Sila layari laman web rasmi Bukit Bendera [pautan] untuk promosi-promosi menarik ye.

Sampai atas, first yang aku cari adalah kedai makan. Lapar sebab pagi itu masih belum sarapan. Aku makan di kedai makan Cliff Cafe yang terletak di Astaka Bukit Bendera [macam foodcourt aje]. Yang buka hanya kedai makanan goreng-goreng, makan sahajalah sebab dah lapar sangat. Haha. Harga makanan standard kedai makan biasa. Takde la mahal sangat. 

Lepas makan, baru bermula aktiviti menapak ke seluruh pelusuk Bukit Bendera. Tak besar pun kawasan ini. Hanya satu atau dua jam sahaja dah habis pusing. Ada beberapa muzium yang boleh dilawati antara Owl Muzium dan Toys muzium [ini baru buka, kena bayar RM10 kalau nak masuk]. Ada beberapa attraction macam lookout point [seringgit untuk 2 minit], viewing deck dan love lock.  Masa aku ke sana, ada street artist buat performances, memang terbaik!

Semasa perjalanan turun, kena beratur lagi tunggu train. Setiap train hanya ambil masa 15 hingga 20 minit. Kali ini ada gerombolan pelajar sekolah rendah dengan dua guru pengiring dan yang best ada seorang pak cik yang dalam usia 60++ yang menceritakan perbezaan bukit bendera sekarang dengan apa yang pernah dia tengok waktu datang ketika berusia belasan tahun. 

bukit bendera
Cliff Cafe dan Owl Museum di Astaka Bukit Bendera

bukit bendera
Love Lock di Bukit Bendera

bukit bendera
Lookout Point di mana kamu boleh lihat bandar georgetown dari atas.

bukit bendera
Sky Terrace Bukit Bendera

bukit bendera
The Famous Bendera Hill Kacang Putih

bukit bendera
Masjid Bukit Bendera

bukit bendera
Kuil Sri Aruloli Thirumurugan di atas Bukit Bendera

bukit bendera
New attraction di Bukit Bendera - Mini Toy Musem dan The Habitat

bukit bendera
Dataran di Bukit Bendera

bukit bendera
Hopper di atas Bukit Bendera

bukit bendera
Mungkin first time jumpa monyet/kera di bukit bendera.

bukit bendera
Playground [taman permainan] pun ada kat atas bukit bendera

Ulasan