Filem Desolasi [2016]

syamsul yusof
Poster filem Desolasi

Satu filem terbaru akan datang hasil karya Syafiq Yusof. Filem bertajuk desolasi bakal ditayangkan kepada umum pada 8 Disember 2016. Trailer filem belum dikeluarkan, hanya beberapa poster sebagai promosi filem setakat ini.

Pelakon utama filem ini adalah Syamsul Yusof dan dibantu oleh Bella Dally, Pekin Ibrahim dan Dato Jalalludin Hassan. Memang banyak filem yang dilakonkan oleh Pekin Ibrahim [Volkswagen Kuning, Rock Bro!, Surf This Love, Kampung Drift] sekarang ini tidak kira sebagai pelakon utama atau watak pembantu.

Profil filem Desolasi

Bahasa : Melayu
Pengarah : Syafiq Yusof [KL Special Force, Villa Nabila, Abang Long Fadhil]
Pelakon : Syamsul Yusof, Bella Daily, Pekin Ibrahim, Dato Jalalludin Hassan, Aida Khalidah, Jacky Kam, C. Kumaresen dan Siraj Sheikh AlSagoff.
Fotografi : Azami Alias
Penata Seni : Ridzuan Bin Mat Hussain
Cerita Asal : Syafiq Yusof
Solekan : JLo Touch
Penyunting : Syafiq Yusof
Penyelia Kesan Khas : Dinie Shuhaimi
Penata Muzik dan Bunyi : Imaginex Sdn Bhd
Penerbit : Dato Yusof Haslam
Pengarah/Lakon Layar : Syafiq Yusof
Studio : Skop Production
Tarikh Tayangan : 8 Disember 2016 [Malaysia, Singapura, Brunei]

Update Poster Filem Desolasi

desolasi syamsul yusof bella dally
Poster filem Desolasi features Syamsul Yusof dan Bella Dally

Update Trailer Filem Desolasi

- Terbaik la trailer filem ni. Jalan cerita tak boleh agak dan aksi-aksi yang jarang boleh ditonton untuk filem melayu. Nampak watak Syamsul Yusof berkeliaran seorang diri di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Pastu keluar jet terbang, siap ada dinosour lagi. Haha. Bolehla pergi tonton di pawagam ramai-ramai nanti.


Skop Production mempersembahkan sebuah filem Syafiq Yusof "DESOLASI" yang akan ditayangkan dipawagam pada 8 DISEMBER 2016 seluruh Malaysia/Singapore/Brunei. Lakonan Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalida, Jacky Kam, C.Kumaresan, Siraj Alsagoff.

OST Filem Desolasi 2016


Tajuk : Bukan Propaganda [Ost Filem Desolasi]
Artis : Syamsul Yusof & Mawi 
Komposer: Syamsul Yusof [Arteffects Production]
Lirik: Syamsul Yusof [Arteffects Production]
Penerbit: Hafiz Hamidun 
Hakcipta & Terbitan: Arteffects Sdn. Bhd. 
Pengarah MV: Syafiq Yusof

Terbaiklah. Ingat lagi OST filem Munafik 'Kalah Dalam Menang'. Itu merupakan kaloborasi Mawi dengan Syamsul Yusof yang pertama. Ini kira kali kedua dan memang mantap terutama dari lirik lagu. Harap ada kaloborasi lagi lepas ini.

Jangan lupa saksikan filem Desolasi di pawagam pada 8 Disember 2016.

Ulasan

D'zunnur berkata…
I got a review for Desolasi as well... http://lynk.my/ls3q