Trailer dan Poster Filem Mawar Putih

mawar putih movie poster
Poster Filem Mawar Putih

Filem Mawar Putih ini diterbit dan diarahkan oleh Dato' Rosnani Jamil, dikatakan ini merupakan filem terakhir beliau setelah bersedia untuk mengundurkan diri dari industri seni. Filem Mawar Putih mengisahkan tentang seorang gadis daripada keluarga berada dan bangsawan yang jatuh hati dengan seorang warga Indonesia yang datang merantau ke Malaysia mencari rezeki. Perhubungan mereka dihalang oleh keluarga pihak gadis.

Saksikan filem Mawar Putih di pawagam bermula pada 18 Ogos 2016. Layan trailer dulu;

Filem genre drama romantik ini dibarisi pelakon-pelakon hebat dari Malaysia dan Indonesia, antara artis yang terlibat adalah Reen Rahim, Arja Lee, Datuk Tamimi Siregar, Syanie, Triestan Aprilian, Adli Eddynor dan Herdawatie. 

Lagu tema (baca: OST) untuk filem Mawar Putih ini dinyanyikan oleh penyanyi baru, Tiesha menerusi lagu Kamar Rindu dan lagu Kau Yang Ku Panggil Cinta.

Ulasan