Filem Balun [2017]

filem balun 2017
Poster terbaru Filem Balun 2017

Apabila status mengenai pembatalan tayangan filem ini diumumkan pada 2014, mestilah ramai peminat filem yang kecewa tetapi telah dirasmikan bahawa filem Balun bakal ditayangkan pada Mac tahun hadapan. Tidak tahu apa yang patut korang expect sebab jarak masa 3 tahun dalam industri perfileman adalah sangat singkat dan pelbagai kemajuan dan teknologi telah upgrade kepada yang lebih canggih. Namun dengan jalan cerita dan lakonan mantap para pelakon, filem Balun mungkin mampu mencapai tahap box-office. Kena tunggu dan lihat hasilnya sahaja nanti.

Sinopsis Filem Balun 2017 

Filem Balun mengisahkan Hassan yang baru pulang dari luar Negara, kini kembali ke Kampung Putra bagi mendapatkan semula tanah pusaka yang dirampas dari arwah ayahnya 17 tahun lalu. Kepulangan Hassan tidak disenangi oleh banyak pihak termasuk Nur Ain, anak Penghulu Kampung yang hampir dilanggar oleh Hassan ketika dikejar sekumpulan samseng kampung.  Insiden itu serta cerita-cerita lama tentang keluarga Hassan membuatkan Nur Ain berpandangan serong terhadap Hassan. Hasrat Hassan untuk mendapatkan semula tanah pusaka seluas 13 ekar itu secara baik pula mendapat tentangan hebat dari Tuan Seman dan anaknya Shaid Blond.

Trailer Filem Balun 2017


Filem Balun 2017 ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Beto Khusairi, Izara Aishah, Dato' Ezlan Yusoff, Reen Rahim, Allahyarham Dato' Aziz Singah, Wan Raja dan Jasmine Ashraf. Filem genre aksi ini merupakan arahan sepenuhnya oleh Bob Singah. 

Tengok trailer, macam best fight scene dalam movie ni. Lenggok seni mempertahankan diri silat dapat kita lihat digunakan oleh pengarah filem. Terbaik!

filem balun 2017
Pelakon utama filem Balun 2017.

Poster Filem Balun 2017

- Filem Balun ini dikatakan pula bakal ditayangkan pada 17 Ogos 2017. Berapa kali telah ditunda!

beto khusairi
Beto Khusairi

eizlan yusof
Eizlan Yusof

izara aishah
Poster filem Balun 2017

reen rahim
Reen Rahim

Ulasan