Teaser 16 Peserta Super Spontan Superstar


Teaser untuk Super Spontan Superstar dah pun dikeluarkan oleh pihak astro. Teaser ni hanya menyenaraikan senarai 16 peserta yang bakal bersaing antara pasukan Harimau Hipster atau pasukan Monyet Mafia.

Antara selebriti yang terlibat dalam program ini adalah Tauke, Abam Bocey, Syuk Joras, Fad Bocey, Zulin Aziz, Ozlynn, Jamal, Waris, Johan, Achey, Ali Puteh, Amyza Adnan, Kamal Adli, Julia Zieglar, Altimet dan Zuki. 

Super Spontan Superstar 2016 bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam mulai 5 Ogos 2016. Super Spontan Superstar juga boleh ditonton secara esklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD (Saluran 134).

Ulasan