Suicide Squad Movie Trailer


Suicide Squad mengisahkan sebuah agensi rahsia kerajaan (ARGUS) telah merekrut penjenayah yang terburuk dalam sejarah untuk menyelesaikan satu misi maut. Sebagai ganjaran untuk perkhidmatan mereka, hukuman yang dikenakan akan dikurangkan. Penjenayah yang terlibat terdiri daripada The Joker, Harley Quinn, Lex Luthor, Enchantress, Boomerang dan banyak lagi. 

Daripada trailer dan video-video promosi yang dikeluarkan, filem ni bakal menjadi box-office. 

Pelakon yang terlibat dalam Suicide Squad movie ini adalah Will Smith, Jared Leto, Margot Robbie, Joel Kinnaman, Viola Davis, Cara Delevingne, Jai Courtney, Adewale Akinnuoye-Agbaje, Scott Eastwood, Adam Beach, Common, Jay Hernandez, Ike Barinholtz, Jim Parrack dan Ben Affleck. 

Suicide Squad di bawah arahan dan tulisan skrip David Ayer, berdasar karektor buku komik keluaran DC ini bakal ditayangkan pada 4 Ogos 2016. Selain David Ayer, kita ada Roman Vasyanov (Pengarah Fotografi), Oliver Scholl (Pereka Produksi), John Gilroy (Editor), Kate Hawley (Pereka Kostum), Jerome Chen (Supervisor Kesan Khas) dan Steven Price (Pemuzik).

Lagi video promosi atau trailer untuk Suicide Squad movie; Kebanyakkan lebih pada komedi atau punchline tetapi aku suka yang comic-con trailer, itu lebih berat dan more like DC movie Batman vs Superman.

Ulasan