Stills Drama Shopping King Louie Lakonan Seo In Guk dan Nam Ji Hyun

shopping king luoie drama
Seo In Guk dalam drama terbaru Shopping King Louie

Setelah tamat siaran 38 Task Force, aku memang jadi peminat utama untuk Ma Dong Seok dan Seo In Guk. Aku cuba tengok drama Bad Guy lakonan Ma Dong Seok, tetapi memang tak kena dengan taste aku sebab terlampau dark dan banyak scene berdarah. Tengok sampai episod 5, tak tahu la bila akan sambung sebab selalunya tak tersambung.

Seo In Guk pula akan muncul dengan drama romantik komedi terbaru yang bertajuk Shopping King Louie. Kalau tengok stills (baca: gambar pegun) kat atas Seo In Guk akan pegang watak lelaki kaya bernama Louie yang punya segalanya, dan semestinya dia jenis yang kaki perempuan atau kaki tak suka perempuan. Ala, lebih kurang dengan drama-drama lain tak kira drama dari negara mana sekalipun. ehehehe.

Nama pun drama romantik komedi, mestilah ada watak heroin muka inosen atau gaya kampung, hidup susah, berdikari dan tak makan saman dengan perangai lelaki keturunan harta tak habis ini. Watak heroin dalam drama Shopping King Louie ini akan dipegang oleh Nam Ji Hyun sebagai Ko Bok Sil. Gambar stills Nam Ji Hyun boleh tengok kat bawah ni;

nam ji hyun
Nam Ji Hyun dalam drama terbaru Shopping King Louei

Untuk drama Shopping King Louie ini, dua watak sampingan utama akan dibawa oleh Yoon Sang Hyun sebagai Cha Joong Won dan Im Se Mi sebagai Baek Ma Ri. Dua watak sampingan dalam drama ini belum diketahui asal usul kejadian atau kaitan mereka dengan watak utama. Namun kalau ikut firasat aku, salah seorang mesti kekasih lama, abang angkat, anak jiran, anak kawan ayah pihak lelaki yang telah lama dijodohkan atau sahabat karib perempuan. Kena tunggu drama ini disiarkan atau release info dari pelakon atau pihak produksi sendiri baru lah sahih firasat tu. ehehehe.

Yang sahih adalah drama King Shopping Louie akan ditayangkan bermula pada bulan september, menyambung slot drama 'W' setiap hari Rabu dan Khamis, jam 10.00 malam, di saluran MBC (nota: saluran TV korea). Kat Malaysia, tak tahu bila akan release, boleh tengok laman-laman sesawang untuk download dan tonton drama King Shopping Louie ini apabila dah release nanti.

Drama Shpping King Louie di bawah arahan Lee Sang Yeob dan hasil skrip oleh Oh Ji Young. Drama ini bakal mengisahkan kisah Louie yang hilang ingatan (baca : amnesia) dan bertemu dengan Ko Bok SIl dan bermulalah episod romantik kisah suka duka antara dua merpelai ini. Jangan lupa tunggu update-update terkini drama ini ye!

Update Poster dan Teaser Shopping King Louie KDrama

poster shopping king louie
Poster Shopping King Louie K-Drama

shopping king louie main cast
Watak utama drama ini - Nam Ji Hyun dan Seo In Guk
 [Teaser Shopping King Louie Drama]

Update New Long Teaser of Shopping King Louie

Ulasan