Review The Shallow dan 38 Task Force

Gabungan review antara filem terbaru Blake Lively, The Shallow dan satu drama korea yang baru sahaja menamatkan siri 16 episod iaitu 38 Task Force. Kedua-dua ni di'syor'kan untuk korang tengok sebab memang terbaik. Filem The Shallow boleh dikatakan filem tema survivor yang terbaik untuk tahun ni dan 38 Task Force merupakan drama korea terbaik untuk tahun ni. Bagi aku la! Kalau tak percaya, boleh tonton dan nilai sendiri. 

review the shallow movie
Salah satu scene surfing dalam The Shallow.

The Shallow Review.

Sinematografi filem ini sangat cantik. Aku baca di imdb yang tempat shooting movie ini dilakukan di Australia (baca: Neds Beach on Lorde Howe Island) di mana pantai itu ombak sangat kurang dan memang tiada orang surfing pun. Kalau dalam movie ni, ikut dialog pantai tersebut terletak di Mexico, tapi nama pantai dirahsiakan sehingga penamat filem. 

Jalan cerita yang sangat simple. Seorang surfer wanita bernama Nancy Adam yang terperangkap di atas sebuah batu besar dan menjadi buruan seekor ikan jerung.

Lakonan Blake Lively sebagai Nancy Adam memang menjadi, dapat dirasakan tension yang wujud semasa dia dalam bahaya, dan semangat yang tidak pudar untuk survive. Selalu cari jalan untuk selamatkan diri dan dengan pengalaman sebagai jururawat digunakan sepenuhnya oleh pengarah/penulis filem ini untuk menjadikan ianya lebih realistik terutama bab luka akibat dibaham jerung tu. Meremang bulu roma aku tengok!

blake lively surfing vs jaws
Blake Lively (Nancy Adam) bertarung dengan seekor jerung.


38 Task Force Korean Drama Review.

First time tahu pasal drama ni memang secara tak sengaja, baru je ditayangkan episod 1 dan 2 masa tu.  Aku pun cuba la tengok sebab sinopsis drama ni macam drama White Collar US. Selalu drama korea aku cuma tengok separuh jalan, episod 5 atau 6 aku dah mula bosan. Drama melayu pun sama.

38 Task Force boleh dikatakan drama korea yang terbaik pernah aku tonton. Dari episod satu hingga episod terakhir memang aku tunggu saban minggu. Keluar je subtitle English terus ditonton tanpa rasa bersalah. Ehehehe! 


Seo In-Guk sebagai Yang Jung Do.

Jalan cerita sangat padat dengan twist yang tak dijangka. Kadang-kadang rasa tertipu pulak dengan penipuan yang dirancang oleh hero/heroin drama ni. Bermula dengan kisah seorang pengutip cukai yang bekerja di Jabatan Cukai, ditunjukkan kepayahan seorang yang benar-benar inginkan menjalankan tugasnya. Dari situ, kita dah mula relate dengan karektor utama Baek Sung il lakonan Ma Dong Seok (Train to Busan). Pelbagai halangan terutama dari orang atasan yang korup menyebabkan Sung il mencari alternatif lain untuk mendapatkan kembali duit cukai dari mereka yang enggan membayar.

Kemudian wujud pulak watak Yang Jung Do yang dilakonkan oleh Seo In Guk. Raja segala penipu! tetapi matlamat Jung Do lebih besar dari menipu saja-saja. Semua yang dilakukan mempunyai matlamat yang berbeza, ada je kisah atau muslihat disebalik apa yang Jung Do ni buat. By the way, ini first time tengok lakonan Seo In Guk. Memang terbaik!

Apabila watak Sung Il dan watak Jung Do ni bergabung untuk mengutip cukai dari mereka yang enggan membayar dan menggunakan kuasa dan wang untuk membeli pihak atasan, pelbagai aksi dan tipu daya yang dapat kita saksikan, bukan mudah nak menipu orang untuk membayar wang cukai bernilai jutaan ringgit.

best korean drama 2016
Ma Dong Seok sebagai Baek Sung-iL

Aku malas nak tulis review banyak-banyak sebab takut terkantoikan pulak jalan cerita. Jalan cerita dan lakonan mantap merupakan dua tunjang utama kejayaan drama ni. Rating episod akhir drama 38 task force merupakan rating tertinggi (6.7%) yang pernah dicatat untuk drama di siaran berbayar OCN. Ramai yang mengatakan drama ni bakal mendapat sambungan untuk musim kedua. Harap-harap la. 

Lepas ni, nak layan drama korea Bad Guy la pulak – sebab penulis untuk drama 38 TASK FORCE merupakan penulis yang sama untuk drama Bad Guy. Ma Dong Seok pun ada berlakon dalam drama tu.

best korean drama 2016
38 Task Force drama.

Ulasan