Promo Drama Filipina TV3 Bukas Na Lang Kita Mamahalin Bermula 24 Ogos 2016


Satu lagi drama Filipina dibawa untuk tatapan peminat-peminat drama di Malaysia. Kali ni cerita yang dikeluarkan pada tahun 2013 iaitu drama Bukas Na Lang Kita Mamahalin atau dalam bahasa english 'I'll love you Tomorrow'. Bahasa Melayu sila guna google translate kalau tak tahu. Ehem.


Drama Bukas Na Lang Kita Mamahalin akan menggantikan drama Kailangan Ko’y Ikaw (All For Love). Aku ada tengok satu episod drama ini, masih lagi di episod awal aku rasa disebabkan heroin drama baru sahaja mendapat berita bahawa dia bukan anak kandung ayahnya tetapi merupakan anak kandung kepada abangnya sendiri.  Gilalah dia punya twist!

Berbalik kepada drama yang bakal bermula pada 24 Ogos 2016, ianya mengisahkan seorang pemuda bernama Miguel yang mempunyai masa lampau yang gelap apabila ayahnya dituduh membunuh seorang ahli politik dan akhirnya meninggal di dalam penjara. Miguel menerima nasib yang serupa apabila dituduh terlibat dengan kes rogol, dalam usaha mempertahankan dirinya, Miguel menjumpai bukti untuk membersihkan nama ayahnya.

bukas na lang kita mamahalin pelakon
Para pelakon drama telenovela terbaru di TV3 Bukas Na Lang Kita Mamahalin
   
Pelakon-pelakon utama yang terlibat dalam drama 55 episod ini adalah Gerald Anderson sebagai Miguel Dizon, Dawn Zulueta sebagai Zenaida Dizon, Cristine Reyes sebagai Amanda Suarez-Dizon, Diana Zubiri sebagai Carla Melendez, Rayver Cruz sebagai Marcus Ramirez, Tonton Gutierrez sebagai Richard Ramirez dan Dina Bonnevie sebagai Victoria Antonio.

Drama Filipina bergenre drama kekeluargaan ini merupakan arahan bersama Jerome Chavez Pobocan, Trina N. Dayrit dan Jon Spongky Villarin, hasil tulisan skrip Philip T. King dan Joel Mercado. Sama-sama kita tunggu dan lihat sambutan untuk drama Bukas Na Lang Kita Mamahalin ini nanti. 

Ulasan