Poster dan Trailer Filem Rings 2016


Filem Rings 2016 merupakan filem ketiga terbitan Paramount Pictures untuk franchise filem The Ring. Kat awal trailer, dah boleh tengok scene trademark untuk The Ring iaitu hantu keluar dari televisyen set dan panggilan maut 7 hari.

Filem terbaru ini di bawah arahan F. Javier Gutierrez, hasil tulisan oleh Jacon Aaron Estes, David Loucka dan Akiva Goldsman. Para pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah Matilda Lutz, Alex Roe, Johnny Galecki, Aimee Teegarden, Bonnie Morgan and Vincent D’Onofrio.

Filem Rings 2016 mengisahkan Julia yang risau akan keadaan teman lelakinya yang obses setelah menonton video lagenda yang dikatakan mampu membunuhnya selepas 7 hari. Julia bersedia mengorbankan diri demi menyelamatkan teman lelakinya, pada masa yang sama Julia berjaya menemui sesuatu pada video terbabit yang belum pernah dirungkai sebelum ini.  

Filem Rings 2016 bakal ditayangkan bermula 28 Oktober 2016 (US).

Poster Filem Rings 2016;

poster rings 2016
Poster filem Rings 2016 (Perancis)

poster rings 2016
Poster filem Rings 2016 (US)
 

Ulasan