Poster dan Trailer Designated Survivor Lakonan Kiefer Sutherland


Trailer ni memang terbaik! 

Kiefer Sutherland yang popular dengan watak Jack Bauer dalam siri 24, akan kembali sebagai Tom Kirkman - seorang ahli kabinet di Jabatan Perumahan dan Pembangunan Bandar yang terpaksa mengambil alih jawatan Presiden USA selepas satu serangan ke atas Washington.

Selain Kiefer Sutherland sebagai Tom Kirkman, drama siri thriller ini turut dibintangi oleh Natascha McElhone sebagai Jessica Kirkman, Maggie Q sebagai Hannah Watts, Kal Penn sebagai Seth Wheeler, Italia Ricci sebagai Emily Rhodes, Adan Canto sebagai Aaron Shore dan LaMonica Garrett sebagai Mike Retter.

Tarikh tayangan untuk siri baru yang dicipta oleh David Guggenheim ini adalah pada 21 September 2016 di saluran ABC.

poster siri designated survivor
Poster siri Designated Survivor

Ulasan