Poster dan Trailer Arrival Movie

poster arrival 2016
Poster movie Arrival 2016

Sebuah lagi filem berkenaan kehadiran makhluk asing ke bumi, mungkin pendekatan sedikit berbeza yang diambil. Diilhamkan dari sebuah cerpen (baca; short story) hasil tulisan Ted Chiang yang bertajuk Story of Your Life. Filem Arrival menggunakan tajuk asal pada mulanya, tapi ditukar apabila mendapat reaksi negatif semasa dipertontonkan kepada test audience. 

Filem Arrival dibarisi oleh pelakon-pelakon yang mempunyai nama besar di Hollywood iaitu Amy Adams, Jeremy Renner dan Forest Whitaker sebagai pelakon utama. Ianya mengisahkan kehadiran beberapa kapal angkasa (baca; spacecraft) macam kat dalam poster tu ke seluruh pelosok dunia. So, manusia mula hidup dalam ketakutan dan mencari cara untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara asing ini.

Salah satu team terdiri daripada pelakon-pelakon utama iaitu pakar bahasa Louise Banks (Amy Adams), pakar matematik Ian Donnelly (Jeremy Renner) dan ahli tentera US Koloner Weber (Forest Whitaker) yang cuba memahami dan berkomunikasi dengan makhluk asing tentang kehadiran mereka di bumi. Adakah sebagai satu penjajahan atau persahabatan?

Dah banyak filem macam ini dihasilkan, kat trailer pun macam reveal too much! boleh tengok dua trailer yang dipamerkan kat bawah;


Pengarah untuk filem Arrival adalah Denis Villeneuve yang juga pengarah filem prisoners, so maybe i will check it out. Lakon layar untuk filem ini dihasilkan oleh Eric Heisserer. Selain tiga watak utama, filem Arrival turut dibintangi oleh Michael Stuhlbarg, Nathaly Thibault, Mark O'Brien, Tzi Ma, Leisa Reid dan Abigail Pniowsky. 

Filem ini bakal menerjah pawagam pada 11 November 2016 di US. Di malaysia belum tahu lagi, nantikan update terkini.

Update Tarikh tayangan di Malaysia adalah pada 12 Januari 2017.

Ulasan