Nisa Addina ; Violinist Muda Malaysia


Siapa yang kenal/tahu mengenai Nisa Addina ni? Aku kebetulan terjumpa video-video yang diletakkan di youtube. Ada banyak video yang boleh layan dan semuanya terbaik! Favorite aku cover lagu jeritan batinku. memang menusuk kalbu. Tiba-tiba minat shift to classical musical. ahaha.

Nisa Addina berasal dari Sarawak. Tarikh lahir beliau pada 27 Oktober 1996 (baca : 20 tahun). Bermula didikan awal bermain violin sejak berusia 7 tahun. Nisa Addina menyertai Simfoni Orkestra Negeri Sarawak sebagai salah seorang ahli termuda pada usia 8 tahun. 

nisa addina choi sung bong konsert
Nisa Addina bersama dengan Choi Sung Bong untuk konsert amal, Sound of Music.

Pada tahun 2011, Nisa Addina memenangi anugerah World Junior Grand Champion Instrumentalist pada kejohanan World Championships of Performing Arts di Hollywood, California. Dalam masa yang sama, beliau membawa pulang tiga emas dalam Original, Classical and Contemporary music categories dan satu perak dalam Open category.

Pada Julai 2012, Nisa Addina mendapat pengiktirafan apabila namanya tercatat dalam Malaysian Book Of Records atas segala pencampaian yang diperoleh sebagai artis Malaysia. Memang layak dan beliau ini sepatutnya dijadikan ikon remaja Malaysia. Kalau bagi gelaran dato' pun takde la orang nak marah-marah kannnnn? ehehehe. 

Bagi yang nak tahu lebih lanjut mengenai Nisa Addina, bolehlah follow dia kat laman sosial ini;
twitter : @NisaAddina
facebook : @NisaAddina
Youtube : @NisaAddina

Sebelum tutup tirai, jom layan lagu cover violin All About That Bass dari Nisa Addina;

Ulasan