Sneak Peek Untuk Siri Blindspot Season 2

Pada episod terakhir Blindpsot season 1, kita tahu yang Weller yang diselubungi perasaan marah dan kecewa telah menahan watak Jane. Reade, Zapata dan Petterson pula telah berjaya hack password untuk USB yang dijumpai di apartment Mayfair yang mempunyai pelbagai dokumen sulit termasuklah Orion program.

Season 2! Jom tengok video sneak peek ni;



Beberapa info untuk Blindspot season 2;
 
1) Akan ada beberapa tambahan pelakon untuk menggantikan watak yang telah dimatikan pada season 1, antaranya adalah Luke Mitchell, Michelle Hurd dan Archie Panjabi. 
2) Jane ditahan di bawah kuasa CIA dan selepas 3 bulan berjaya melarikan diri. Tak tahu la kali ni Jane betul-betul akan beritahu 100% kisah sebenar atau masih ada agenda tersendiri. 
3) Tarikh tayangan episod pertama season 2 adalah pada 14 September 2016. Mengikut info kita akan mengetahui lebih lanjut mengenai watak Jane - nama sebenar, latar belakang dan lain-lain. 
4) At some point, mereka akan tunjukkan watak ketua konspirasi di sebalik apa yang terjadi pada Jane, Sheppard. 
5) Watak penjahat genius Rich Dotcom (lakonan Ennie Esmer) juga akan kembali untuk season 2 ini. Kita semua tahu yang watak Rich ni berjaya memperguna Jane dan Weller untuk melepaskan diri dari penjara.

blindspot season 2
Para pelakon utama Blindspot di Comic Con.

Ulasan