PV dan Visual Anime Haikyuu!! Karasuno Koukou VS Sharatorizawa Gakuen Koukou

haikyuu poster season 3
Visual pertama yang dipertonton untuk Haikyuu Musim ke-3

Memang anime bertema sukan ni favorite aku. Sekarang tengah duk layan dua anime sukan iaitu Days ( Bertema sukan bola sepak ) dan Battery ( Bertema sukan baseball ). Eh! Bukan ke nak tulis pasal Haikyuu yang akan masuk musim ketiga tahun ni (Yea!).

Haikyuu Season 3 akan mula ditayangkan pada bulan Oktober 2016, masuk dalam kategori anime musim luruh/musim bunga. Selalunya akan ada 20+ episod. Haikyuu Musim ke-3 akan menyambung perjuangan pasukan bola tampar Karasuno, di mana di akhir musim ke-2 mereka bakal menentang pasukan bola tampar dari akedemi Shiratorizawa.

Daripada tajuk untuk musim ke-3, nampaknya ianya akan fokus pada satu perlawanan ini. Jangan risau kerana anime Haikyuu ni tak pernah mengecewakan. Malah akan mendapat top 3 setiap kali ranking anime bertemakan sukan dilakukan. Animasi yang berkualiti, jalan cerita yang menarik dan kelakar serta karektor-karektor yang penuh emosi menjadi intipati kejayaan anime sukan ini.

Jom tengok PV (baca : promotional video) untuk Haikyuu musim ke - 3:


Ulasan

sebut pasal 'bola tampar', t'ingat plak kat drama 'maero attack'.
Azuan berkata…
maero attack tu betul2 legend....