Poster untuk Movie Real Lakonan Kim Soo Hyun

real korean movie poster
Poster pertama untuk filem Real

Kim Soo Hyun yang popular dengan drama You Who Came From The Star dan The Producer sebelum ini, akan kembali dengan projek baru iaitu sebuah filem bertajuk 'Real'. Filem terakhir Kim Soo Hyun ialah Secret Greatly pada tahun 2013 yang telah memecah rekod jualan tiket pada hari pertama tayangan untuk filem terbitan Korea - rekod terkini dipegang oleh filem train to busan.

Untuk filem Real ni, masih banyak yang tak didedahkan termasuklah jalan cerita walaupun shooting filem ni dah tamat selepas 6 bulan pengembaraan. Selain Kim Soo Hyun yang memegang watak Jang Tae-Young, pelakon lain yang terlibat adalah Han Ji-Eun sebagai Han Ye-Won, Lee Sung-Mi sebagai Choi Jin-Gi, Sung Dong-il sebagai Jo Won-Geun, Lee Kyong-Young sebagai No Yeom, Jo Woo-Jin sebagai Sa Do-Jin dan Sulli sebagai Song Yoo-Hwa. 

kim soo hyun dan pelakon
Kim Soo Hyun dan para pelakon untuk filem Real.

Dalam filem bergenre thriller noir ni, Kim Soo Hyun memegang watak Jang Tae-Young yang merupakan seorang fixer dalam dunia jenayah dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai tujuannya. Tae-Young mempunyai cita-cita tinggi untuk memiliki sebuah empayar kasino dan menakluki dunia jenayah.

Filem ini bakal ditayangkan pada tahun hadapan (baca: 2017), namun tarikh sebenar tayangan masih tidak diketahui.

Ulasan