Peserta Super Spontan Superstar 2016

Aku dulu merupakan peminat spontan ni, boleh tengok entri tahun 2010 - masa tu baru musim kedua. Pentas pun kecil je, takde sistem vote lagi dan takde artis yang dikeluarkan dari minggu ke minggu. Memang terbaik!  Lepas diorang upgrade jadi super spontan, aku dah tak ambil port. haha. Mungkin boleh start layan balik dengan Super Spontan Superstar 2016;

super spontan superstar 2016
Barisan peserta Super Spontan Superstar 2016

Peserta Super Spontan Superstar 2016 akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu Harimau Hipster yang diterajui oleh Tauke dan Monyet Mafia yang diterajui oleh Johan. Selain Tauke, kumpulan Harimau Hipster terdiri daripada Abam Bocey, Syuk Joras, Fad Bocey, Zulin Aziz, Ozlynn, Jamal dan Waris. Kumpulan Monyet Mafia pula terdiri daripada Achey, Ali Puteh, Amyza Adnan, Kamal Adli, Julia Zieglar, Altimet dan Zuki. 

Rancangan ini akan dikemudi bersama oleh Hos AC Mizal dan Amir Raja Lawak. Afdlin Shauki akan kembali sebagai komentator bersama dengan seorang artis jemputan pada setiap minggu.  

Super Spontan Superstar 2016 bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam mulai 5 Ogos 2016. Super Spontan Superstar juga boleh ditonton secara esklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika dan ditayangkan serentak di Mustika HD (Saluran 134).

Pemenang Super Spontan Superstar 2016

enam peserta akhir terpaksa bersaing secara solo bagi merebut gelaran juara yang diadili sepenuhnya menerusi undian penonton. Peringkat akhir yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna itu turut diserikan dengan pengulas jemputan, Datuk Hans Isaac. Ayda Jebat, Zizan Razak, Tomok dan Black Hanafiah pula sebagai peserta jemputan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199971
Juara : Johan [Wang Tunai RM100,000]
Naib Juara : Abam [Wang Tunai RM50,000]
Tempat Ketiga : Achey [Wang Tunai RM20,000]
Tempat Keempat, Kelima dan Keenam : Fad, Ozlyn, Tauke [Wang Tunai RM5000]  

Siaran pertandingan akhir Super Spontan Superstar yang di hoskan bersama AC Mizal dan Amir telah bersiaran secara langsung di Astro Warna pada 7 Oktober 2016. Untuk malam akhir, peserta bertanding secara solo dan pemenang berdasarkan undian penonton. Peserta jemputan juga hadir bagi memeriahkan suasana iaitu Ayda Jebat, Zizan Razak, Tomok dan Black Hanafiah.

Tahniah kepada para pemenang!

Ulasan