Official Trailer Movie Split Lakonan James McAvoy


Meremang bulu roma tengok trailer ni! 
Tetapi macam movie 10 Cloverfield Lane dah aku tengok background filem ni, sesiapa yang belum tengok disarankan untuk menonton filem 10 CLoverfield Lane, sebab ianya antara filem terbaik tahun ni. 

Ok! Movie Split ni macam yang korang tengok dari trailer memang dah tahu yang movie ni mengisahkan 3 orang budak perempuan diculik oleh seorang lelaki, kevin (lakonan James McAvoy) yang mempunyai split personality disorder. Mengikut doktor yang merawat Kevin, dia mempunyai 23 personaliti yang berbeza. Bermula dari situ, kita dapat tengok interaksi antara personaliti yang berbeza oleh watak Kevin dengan 3 orang tebusan yang cuba melepaskan diri. 

Pengarah dan penulis movie Split adalah orang yang sama iaitu M. Night Shyamalan. Filem ini turut dilakonkan oleh Haley Lu Richardson, Brad William Henke, Anya Taylor Joy, Kim Director, Sterling K Brown dan Betty Buckley. 

Tarikh tayangan filem ni dijadualkan akan ditayangkan pada 20 januari 2017.

Ulasan