Sinopsis Drama Inikah Cinta TV3

inikah cinta tv3
Niezam Zaidi (Pelakon Lelaki Utama) dengan Pengarah Drama Inikah Cinta, Khalid Nazri
 
Sinopsis Drama Inikah Cinta TV3
Drama bersiri genre romantik komedi ini mengisahkan seorang pemuda bernama Muammar (Niezam Zaidi) yang ingin bercinta dengan seorang gadis bernama Rose (Farah Nabila) tetapi diberikan syarat oleh gadis tersebut untuknya mencari 3,000 kuntum bunga. Dalam usahanya memenuhi permintaan Rose, Muammar menghadapi pelbagai kisah lucu dan romantik.

Suasana begitu meriah di UUM pada minggu pertama semester baru dibuka. Muamar begitu teruja mahu mendaftarkan diri dengan kelab fotografi kerana dia baru sahaja membeli kamera DSLR hasil daripada menabung dan wang simpanan yang disimpannya sedikit demi sedikit. Rose Adeline kali ini dipilih menjadi pengerusi kelab yang baru. Semua pelajar Kelab Fotografi tahu bahawa Rose adalah anak kepada Dr Dahlia pensyarah di fakulti undang-undang. 


Keputusan tersebut agak mengecewakan beberapa orang pelajar terutamanya Aizat sahabat baik Muamar. Muamar yang tidak begitu mengenali Rose pada permulaannya merasa agak teruja dengan kecantikan Rose dan merasa sedikit angau. Rose mengumumkan bahawa aktiviti pertama mereka untuk semester itu adalah sesi “Photoshot nature di Gunung Jerai” balik hari. Aizat teman sebilik dan sekuliah Muamar bising-bising dan mencadangkan supaya mereka bermalam di sana merasakan tidak berbaloi untuk pergi dan balik pada hari yang sama.

JUDUL : INIKAH CINTA
EPISOD : 14 episod
TARIKH / MASA : 31 Januari 2016 (Jumaat-Ahad, 6.58 petang)
SIARAN : Dahlia TV3
PENGARAH : Ahmad Khalid Nazri
TERBITAN : Uniutama Management Holding Sdn Bhd (UMHSB)
PELAKON : Niezam Zaidi, Farah Nabila, Aweera, Fizz Fairuz, Syainie Aida, Zee Zainal, Jasmin Hamid, Kazar Saisi, Acap, Fatin Amyrah, Aznah Hamid, Syazliana Shuhaimi

Ulasan