Polis Evo Review

Polis Evo - filem aksi terbaik 2015!
Salam.

Polis Evo mengisahkan siasatan pihak polis terhadap kes syabu merah atau lebih dikenali sebagai syabu Naga. Inspektor Sani (Zizan Razak), seorang inspektor polis di Kuala Terengganu yang jarang berdepan dengan kes-kes besar terpaksa bergabung tenaga dan idea dengan seorang 'super cop', Khai lakonan Shaheizy Sam.


Dua jam durasi filem ni dipenuhi dengan hilai tawa dan aksi yang padat! Jalan cerita yang ringkas dan senang difahami - serius filem ni mampu mengangkat martabat polis dalam negara kita. Aku rasa Gerak Khas adalah filem terakhir yang menonjolkan keupayaan pihak polis dalam melakukan siasatan.

Chemistry antara Zizan dan Sam dalam filem ni sangat-sangat menjadi. Lakonan Zizan sendiri memang hebat dalam filem ni - sangat slamber, sangat lawak dan sangat serius. Shaheizy Sam juga berjaya mengimbangi lawak dan gaya Zizan. Tambahan pula filem ni dipenuhi dengan aksi lawan, tembak menembak dan kejar mengejar yang menarik.

Filem yang best takkan menjadi jika tiada watak penjahat yang betul-betul cool. Contoh filem Lenjan dan Gerak Khas (Rosyam Nor jadi penjahat - memang terbaik kan!). Dalam Polis Evo, Azrail dan Jimbo yang paling menyerlah. Jangan lupakan jugak watak lelaki lembut Mat Yam - Memang terbaik!

Tahniah buat pengarah filem Ghaz Abu Bakar! Aku sukakan shot-shot bandar Terengganu dalam filem ni. Nampak cantik sangat bandar Terengganu tu.

Kalau semua filem Malaysia macam ni kan bagus. Baru ramai orang ke pawagam. Jangan kata kami tak support! Kalau filem bagus, pawagam gerenti penuh.

Rating : 5/5 - First Time tengok filem Malaysia dan harap-harap ada sekuel seterusnya!

Polis Evo 2 Bakal Temui Peminat

- Wakil penerbit filem Polis Evo telah mengumumkan yang polis evo 2 akan memasuki proses awal produksi. Namun, sebarang info lain tidak didedahkan. Harap pengarah masih orang yang sama iaitu Ghaz Abu Bakar. Kena tunggu update seterusnya dari pihak penerbit.

Ulasan