Kak Ema Nasi Campur di Sri Serdang

Salam. semenjak duduk kat Sri Serdang ni, memang aku akan makan dekat kedai ni, Kedai Kak Ema Nasi Campur. Sedap dan murah! Makan nasi, ayam, sayur dengan air sirap cuma RM5. Kedai ni memang selalu penuh dan lauk akan cepat habis - kena pergi awal sikit. Kedai tu memang kat kawasan deretan kedai milik orang melayu. Betul-betul sebelah McDonalds.

Kalau tengok komen kat foursquare pun semua kata kedai ni ok. Link

Sejak kerja ni, memang dah tak suka makan kedai mamak, kalau zaman belajar dulu - memang itu tempat yang diserbu. Sekarang, selagi boleh akan cari jugak kedai melayu untuk makan. Haha. Mamak punya harga pun bukan main mahal! Nasi dengan ayam sahaja pun dah 6 ringgit - belum masuk sayur dengan air. Mahu ke sepuluh ringgit jugak habis.

Ulasan