Cerita Pemandu Malaysia 1#

salam.

macam biasa aku akan memandu untuk ke tapak kerja. Dari tempat aku ni, akan melalui satu kawasan lampu isyarat simpang empat yang sibuk dan dipenuhi kenderaan ringan dan juga kenderaan berat. Memang banyak lori yang melalui jalan ni disebabkan ianya merupakan jalan pintas dan tidak perlu membayar tol.

Hari ini semasa lampu merah, aku berhenti betul-betul di depan lampu isyarat. Kereta dari arah kiri aku sepatutnya mula bergerak, tapi aku tengok kereta perodua kat depan sekali tu bergerak dengan kadar yang sangat perlahan dan amat merbahaya kepada pemandu di belakang.

Kereta perodua terus bergerak perlahan, tiba-tiba seorang budak lelaki india berlari di hadapan aku dengan sepantas kilat. Seorang lagi budak perempuan (aku rasa adik kepada budak lelaki india tadi) yang cuba mengekor namun ketakutan berhenti, duduk dan menangis ditinggal si abang. Muncul seorang lagi kanak-kanak lelaki dari belakang bangunan dan dia kelihatan 'confuse', mungkin tak tahu kenapa adiknya menangis.

Rupanya pemandu kereta perodua ni perasan yang budak-budak tu mahu melintas, jadi dia perlahankan kenderaan.

Pemandu kereta perodua sampai ke seberang jalan di mana adik perempuan india yang masih menangis berada. Dia meletakkan kenderaannya di tepi jalan, turun dari kereta, dan memimpin budak perempuan india yang menangis dengan abangnya melintas jalan. Pemandu tu seorang lelaki muda melayu yang bertubuh sasa, memakai cermin mata gelap. Nampak gaya macam ganas, tapi hati lembut dengan budak-budak.

Respect!

Sebelah kereta aku, ada sebuah kereta viva yang dipandu oleh seorang makcik cina, rambut kerinting, muka putih-putih dan juga memakai cermin mata bulat. Mak cik ini tersenyum sahaja sepanjang melihat kelakuan pemuda yang membantu budak-budak tu. Dia sempat menganggukan kepalanya terhadap pemuda tu tanda hormat. Aku pun sama, lepas tu aku memandu ke tempat kerja dengan senyuman di bibir.

#Di atas Jalanraya, kita haruslah bertimbang rasa terhadap satu sama lain tak kira bangsa, agama, pangkat, kereta atau budaya.
assalamualaikum.

Ulasan

Wak Lat berkata…
Salam. Hee senyum sokmo.