Filem : Gangster Celop

Salam. Filem terbaru yang bakal ditayangkan esok 21 Februari 2013 adalah filem arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri bertajuk 'Gangster Celop'. Bergenrekan komedi, filem ini bakal berdurasi selama 80 minit.

Syamsul Yusof, Kamal Adli, Hanis Zalikha, Azad Jazmin, Yus Jambu, Usop Wilcha
Poster Filem Gangster Celop

Sinopsis Gangster Celop :

Adam dan Aman merupakan bekas banduan yang telah selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun di atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini. Hukuman yang dihadapi mereka telah berjaya mengubah mereka menjadi orang yang baik.

Setelah keluar dari penjara, mereka ditemukan semula dengan Man Jambu, ayahanda yang menyebabkan mereka meringkuk dalam penjara. Mereka ditugaskan untuk menjaga anak Man Jambu iaitu Suzanna yang baru pulang dari England.

Satu hari, Man Jambu ditembak dihadapan mereka setelah selesai persetujuan pemberian kawasan kepada Man Cirit, salah seorang ketua kumpulan gangster. Polis mula memburu Aman dan Adam yang disangka suspek utama kejadian bunuh tersebut. Mereka melarikan diri sehinggalah ke sebuah kampung dan bertemu dengan Pak Abu dan anak gadisnya Rabiatun.

Pelakon Filem Gangster Celop :
  1. Syamsul Yusof – Adam
  2. Kamal Adli – Aman
  3. Hanis Zalikha – Suzanna
  4. Yus Jambu – Man Jamb
  5. Azad Jazmin – Man Cirit
  6. Usop Wilcha – Inspektor Jalaluddin
Trailer Gangster Celop :


Gambar-Gambar untuk Filem Gangster Celop :

Kamal Adli Shirtless, Kamal Adli, Syamsul Yusof, Kamal Adli Tunjuk Badan
Syamsul Yusof dan Kamal Adli dalam Gangster Celop

Reen Rahim, Tepi Sungai, Nelayan Gangster
Reen Rahim dalam Gangster Celop 2013
Hanis Zalikha, Kamal Adli, Berpeluk, Hantu Gangster
Kamal Adi dan Hanis Zalikha dalam Gangster Celop 2013

Ulasan

Raheem berkata…
Jangan tengok kat wayang. Arahan a.idham pulak, lagi la jgn tgk. :p
Raheem berkata…
Sori ye azwin, tuan admin. Penat jelajah blog ke blog utk ban.
Comel je baca komen orang. Ada Raheem, ada Normah. Haha.

P/s: Tapi filem ni kan ada Hanis Zalikha. Confirm ramai jejaka pergi serbu. :p