Filem : Kerat 14 ( 2013 )

Salam. Filem terbaru lakonan Aaron Aziz, Siti Zaleha, Zamarul Hisham, Ali Arami, Fouziah Gous, Arora Salwa, Azhar JB dan Arash Mohamad berjudul kerat 14. Dah lama tak tengok Zamarul Hisham berlakon filem. Filem arahan Arjin Uppal ini mengambil durasi selama 80 minit bakal ditayangkan pada 14 februari 2013.

Poster Filem Kerat 14

Sinopsis Filem Kerat 14 :
Kisah cinta antara Haziq dan Nuzara tergugat akibat Haziq yang terlibat dengan kagiatan yang tidak sihat. Muncul Aril yang jatuh hati pada Nuzara dan mengakibatkan cinta semakin meruncing. Dalam pada masa yang sama, Haziq mula menjadi perhatian kepada ASP Razman kerana satu kejadian di dalam sebuah kelab malam.

Tajuk : Kerat 14
Penerbit : White Merpati Entertainment with Reel Pictures
Pengarah : Arjin Uppal
Penulis Skrip : Afiq Zulhilmi
Genre : Aksi Thriller
Durasi : 80 Minit
Bahasa : Bahasa Melayu
Tarikh Tayangan : 14 Februari
Ost : Penyesalan oleh Zarul Umbrella

Trailer Filem Kerat 14


Gambar-Gambar Sepanjang Penggambaraan Filem Kerat 14

aaron aziz dalam kerat 14

aaron aziz, ali arami dan siti saleha



Lirik Ost Filem Kerat 14 - Penyesalan :

Andai bisa kuunduri, memutarkan  waktu
Takkan aku terus berdiri dalam gundah ini
Sendiri….

 Andai mampu ku miliki hari yang telah pergi
Namun pasti esok bukanlah hari untuk ku lagi

chorus;
Benar ia terjadi…atas angkuh sendiri
Benar itu semua terjadi…sesal ku tak terperi
Tuhan ampuni aku…kerna menolak cintaMu
Ampunkanlah hamba kerdilMu tak layak berdiri

Diatas bumi suciMu…
Diatas kebesaranMu…

Nyata esok bukan untukku…sesalku tiada erti
Biar aku pergi membawa akhir penyesalan ini…

Lagu Dan Lirik : Amy Uk’s
Susunan Muzik : Amy Uk’s / Is Wow
Artis : Zarul Umbrella, background vocals by Eeza & Scha

Video Sesi Rakaman Ost Filem Kerat 14 - Lagu Penyesalan :

Ulasan