Movie : Bullet To The Head 2013

Salam. Filem 'Bullet To The Head' akan ditayangkan pada 31 Januari 2013. Filem ini adalah arahan Walter Hill ( Prometheus ) dan pelakon utama merupakan otai filem aksi Sylvester Stallone. Filem diadaptasikan dari sebuah komik grafik dengan tajuk yang sama.

    

Sinopsis Filem : Seorang Detaktif, Taylor Kwong lakonan Sung Kang ( Fast and Furious ) bergabung tenaga dengan seorang pembunuh upahan, James Bonomo lakonan Sylvester Stallone bagi menghapuskan musuh utama mereka. Tujuan utama adalah balas dendam atas kematian partner masing-masing.

Tajuk Filem : Bullet To The Head
Bahasa : English
Masa Tayangan : 91 Minit
Genre : Aksi
Trailer : Video Trailer Bullet To The Head 1 dan Video Trailer Bullet To The Head 2 ( youtube )

Bullet To The Head Wallpaper

Filem ini dinamakan Bullet To The Head kerana semua das tembakan adalah mengsasarkan kepala. Dikatakan hampir 100 pelakon tambahan diambil hanya untuk ditembak dan dibunuh. Watak utama lakonan Stallone dan watak jahat utama lakonan Jason Momoa melakukan tiga aksi berlawan yang utama di mana perlawanan terakhir menggunakan kapak, tiga hari diambil untuk latihan dan tiga hari untuk difilemkan.

Bullet to The Head wallpaper #2

Filem Bullet To The Head berlatarkan bandar New Orleans tetapi disebabkan filem ini mengisahkan korupsi anggota polis, pengarah terpaksa menukarkan New Orleans kepada Crescent City. Soundtrack untuk filem ni pulak menggunakan lagu bertajuk 'Bourbon Street Parade' nyanyian The Rebirth Brass Band. Shooting untuk filem ini memakan masa 43 hari.

1. Video Sylvester Stallone Interview:

Ulasan

dh tua sgt dh 'rambo' tuh. but, still laku jd hero film. that's hollywood.