salam.
Ok. Takde kena mengena. Jom baca cara paling berkesan untuk bunuh nyamuk.
Nyamuk merupakan
makhluk pemangsa yang sangat licik. Berbadan kecil dengan warna belang-belang
sangat membuat makhluk pemangsa yang paling berbahaya di dunia iaitu manusia
confuse dan pening bila memikirkan masalah nyamuk! Otak terganggu dan badan tak
bermaya! Namun kita harus berpegang pada satu pepatah melayu;
Sepandai-pandai
nyamuk mengelak, akhirnya terkena tamparan juga!
Ok. Takde kena mengena. Jom baca cara paling berkesan untuk bunuh nyamuk.
- pastikan keadaan sekeliling dengan
teliti dan ketahui kedudukan sasaran anda, jumlah sasaran anda dan
faktor-faktor luar yang mampu mempengaruhi sasaran anda.
- ingat dan niat dalam hati yang korang
nak bunuh dia dengan keturunan nya sekali. Perlu yakin dengaan apa yang
korang nak lakukan.
- Acukan bekas aerosol anda tepat pada
sasaran dan pastikan sasaran anda mati, baru anda ketawa puas-puas! Jangan
cepat putus asa. Cuba sehingga keringat anda yang terakhir. Ingat
kesusahan pada hari ini, merupakan pelangi untuk hari mendatang.
- Amaran : pastikan tiada budak kecil atau
mereka yang berfikiran kecil di sekeliling senjata pembunuhan yang anda
gunakan dan jangan lupa lupuskan segala cap jari anda dari kawasan
pembunuhan bagi mengelak sebarang bukti anda berada di tempat kejadian!
Ok! Dah cukup merepek. Sebenarnya rumah yang diberi pada aku
sepanjang aku kat simpang renggam ni sangat banyak nyamuk, pening eden . Nasib baik, aku ni
jenis tidur tak hidup walau gempa bumi sekalipun – semoga tak ada experience tu
dalam hidup aku. Ingat masa aku kat Indonesia baru ni, ingatkan gempa
bumi, rupanya ‘backhoe’ lalu kat sebelah rumah – gegar bukan main kuat lagi.
Cuak aku dibuatnya!
Berbalik masalah nyamuk melanda, aku rasa mungkin disebabkan
sampah sarap keliling rumah ni yang terlalu banyak menyebabkam pembiakan nyamuk
tak dapat diberhentikan. Rumah
sementara katakan – main buang ikut suka hati je tapi bukan aku k! Haha.
Apapun, jangan
lupa pergi econsave untuk beli ubat nyamuk yang jenis lipat tu. PAP! Mati pun
sekor nyamuk ni. Hehe. Assalamualaikum.
Ulasan