Drama Dendam Pencinta Di Slot Ratu TV9

salam. nampak sangat slot ratu di TV9 menjadi pilihan aku kalau nak layan drama melayu. kahkah! sebelum ni tengok drama bukan untukmu lakonan ako mustapha dengan mimie isteri norman bekas lelaki abby abadi. sekarang ni aku rasa bakal menonton pulak cerita drama bertajuk dendam pencinta lakonan shah iskandar, razali husin, hanez suraya dan nadia aqilah. lepas tengok episod 2 tadi, terus rasa cam nak tengok sambungannya. 

razali husin

shah iskandar

sinopsis dendam pecinta slot ratu TV9 :
Zul ( lakonan Shah Iskandar ) dan Along ( aku lupa nama dia dalam drama ni lakonan Razali Husin ) merupakan adik beradik. Masa kat kolej dulu-dulu, Zul ni kira player dan dia mempermain-mainkan seorang perempuan, Syiela ( lakonan Nadia Aqilah ) sehingga ke tahap tidur bersama.  
Balik ke masa sekarang, Zul berkahwin dengan Mimi ( lakonan Hanez Suraya ), namun muncul balik dalam hidup zul adalah Syiela yang cuba membalas dendam atau menagih cinta balik terhadap zul yang telah mempermainkan dia masa kat kolej dulu. Sekarang ni, syiela merupakan girlfriend kepada Along. 
sinopsis tu sekadar yang aku faham dari episod 2 yang aku baru aje tengok. hehe. cerita ni disiarkan setiap hari isnin dan selasa jam 830 malam di tv9. kalau nak download bolehlah ke laman web ni : download dendam pencinta

p/s : nampak sangat taste aku lain gila dengan orang ramai yang duk asyik menonton adam dan hawa sekarang ni! dah  la artis tak popular semua berlakon. kahkah! lantakla, aku layan sebab cerita tu best bagi aku bukan sebab nak tengok favorite artis ke apa. assalamualaikum.

Ulasan

MayaYunus berkata…
suka shah iskandar & hanez suraya, shiela tu psiko!!