salam. masalah betul bila handset nokia aku yang dah pakai hampir 4 tahun tu hilang secara senyap-senyap. sedar dah tak tahu kat mana aku letak! last place yang aku ingat ialah kedai mak cik yang aku selalu singgah untuk makan tengahari. tapi bila aku pergi tanya, takde pulak mak cik tu kata.
Handset aku tak secantik ni - dah calar balar dah screen nya, kalau nak baca mesej kena pi tempat takde cahaya matahari |
aku rasa ni satu seruan supaya aku membeli handset baru - dalam kepala hotak aku ni nak beli nokia 3310 je. boleh buat baling 'hanjing' mengenangkan tapak kerja aku sekarang memang berpuluh ekor anjing berkeliaran.
nak beli baru, tapi handset lama tu banyak nombor-nombor orang yang penting dalam hidup ni. ingat boleh buang macam tu je! mesti iktiar cari dulu - esok petang kalau tak jumpa jugak, terpaksa lah aku cari handset baru. aduyai~ aku ni fail sikit pasal nak beli-beli ni, kena ada orang recommend yang mana bagus, kalau payah sangat, aku rembat je nokia baling hanjing tu!
ok2. semua dah panas baran sebab tunggu tang tajuk utama. aku google aje lepas tu terjumpa kat laman blog ni. copy and paste aje kat sini. sila ke blog asal untuk bacaam lanjut : klik sini untuk ke blog asal.
1. Baca surah al- hasyr mula ayat 18 sampai habis. niatkan nak jumpa barang balik. Kalau Allah izinkan dan memang rezeki kita, pencuri akan rasa panas punggung, menggelisah dan rasa bersalah.
2. selawat tafrijiyyah baca 4 kali/ 44 kali/ 100 kali.
2. selawat tafrijiyyah baca 4 kali/ 44 kali/ 100 kali.
yakinlah pada Allah. tu yang paling penting.
p/s : harap-harap jumpa baliklah handset aku tu, nombor-nombor kat dalam tu yang penting! assalamualaikum.
update : esoknya jumpa balik handset aku, walau tak dikebas orang sebab salah sendiri tertinggal di kedai makan. hehe
update : esoknya jumpa balik handset aku, walau tak dikebas orang sebab salah sendiri tertinggal di kedai makan. hehe
Ulasan
eca ari tu tercicir atau maybe org terambil ke terpinjam ke..cincin emas eca..then,baca surah al-fatihah & 3qul..minta dilembutkn hati org yg ambil tuk kembalikan cincin emas tu...
esok pgi,elok je cincin emas atas kotak eca