Salam.
Sekarang ni kalau korang nak buat satu-satu blog, perlukan sesuatu kelainan
sebab terdapat beratus-ratus blog di dalam alam internet; jom baca sikit tips
dalam membuat blog yang aku belajar.
4.
Personaliti
1.
Keinginan
Jangan
start buat blog sebab ramai yang cakap, boleh buat duit dengan blog. Takde
jalan singkat untuk berjaya; nak hasilkan blog yang bagus perlukan kerja keras,
motivasi yang berpanjangan, tulis sesuatu yang korang nak tulis atau sesuatu
yang korang minat!
2.
Tujuan
Bila
matlamat kita lemah, kita lagi cepat mudah putus asa. Jadi cuba tanya soalan
yang standard macam kenapa nak blogging? Apa hasil yang korang nak dapat dari
blogging? Sebab nak hasilkan blog yang berjaya merupakan satu perkara yang
mengambil masa – bukannya boleh berjaya dalam sehari dua!
3.
Niche
Ini
merupakan yang paling penting kalau nak berjaya dalam SEO – korang nak tulis pasal apa atau mahu
’spesific’kan blog korang dalam kategori apa. Sebenarnya korang memang boleh
tulis macam-macam dalam satu-satu blog; tapi mesti ada satu perkara yang korang
betul-betul berminat nak kongsikan dengan pembaca, jadi korang kena fokuskan
lebih kepada perkara tersebut.
Untuk
menambat hati pembaca, korang perlukan satu kepandaian dalam apa yang korang
tulis. Macam kira korang expert dalam bab masak-memasak, tulis la blog pasal
kaedah atau resipi masakan. Kalau takde experience, sila dapatkan pengalaman tu
dulu sebab pembaca akan lebih suka bila korang share something yang lain dari
benda biasa yang diorang baca! Makin banyak korang share, makin pembaca ingin tahu dan
bila diorang tahu, lahir perasaan percaya dan sukakan blog korang!
5. Theme dan widget blog
Ok! Ini jugak merupakan perkara
penting dalam blogging, jangan sesuka hati pilih theme yang bukan-bukan dan
menyusahkan pembaca korang! Widget blog jugak perlulah disusun kemas dan tak
bersepah dalam blog.
6. Analisis Trafik
Jangan lupa jugak check analisa
trafik korang dari masa ke masa. Check visitor dari mana, berapa ramai visitor, apa yang
diorang berminat dari blog korang. Bila trafik tak bertambah, jangan panik dan
gelabah, cari cara untuk menaikkan lagi trafik blog korang.
Itu aje yang aku terfikir masa
taip entri ni, ada masa aku cuba
tulis lagi tip-tip sepanjang aku blogging ni. Bukan banyak pun, tapi mungkin
korang dapat ambik secukup rasa dah la. Assalamualaikum.
Ulasan
xkire org lame ke org baru.
:)