Rabu, 12 September 2012

Kincir Angin Hasilkan Elektrik dan Air

kincir angin - wind turbine
image sources : revmodo

salam. penggunaan kincir angin memang masih belum diguna pakai di negara kita, tapi aku ada terbaca mengenai penggunaan kincir angin di Sabah. memang menarik apa yang dilakukan oleh encik ho yu choi tersebut. 

apa yang aku nak ceritakan mengenai satu pembinaan kincir angin baru diberi nama Eole Water WMS1000 Turbine yang mampu menjana elektrik sekaligus menghasilkan air bersih. sangat efisien untuk kegunaan di kawasan yang sangat sukar mendapatkan bekalan air bersih dan tenaga elektrik.

WMS1000 mampu bekerja sendiri dan satu-satunya sumber tenaga yang diperlukan adalah angin. Saiz kincir angin adalah 13m diameter dan tingginya adalah 24m, boleh digerakkan dengan mudah kerana target sasaran adalah kawasan-kawasan di pedalaman. Efeknya terhadap alam sekitar juga adalah sangat kurang kerana tidak menghasilkan gas karbon dioksida dan tidak memberi kesan terhadapat air permukaan dan air bawah tanah.

Kincir angin ini tengah dilakukan ujikaji lanjut di Abu Dhabi dan Perancis. Ianya mampu bertahan selama 20 tahun dan memerlukan kerja-kerja maintenance.

satu masalah mengenai kincir angin ini iaitu harganya yang tinggi iaitu $600,000. 

1 ulasan:

Wakil GnP berkata...

Ini memang wow! U r genius

BLOGGING

Get this widget

FILEM @ MOVIE

Get this widget

DOWNLOAD

Get this widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...